Monday, July 12, 2010

...terbaru dan terlama...

aku sangat malas nak update blog
kalau takde benda menarik, memang malas nak menaip
tapi tadi, tiba-tiba tangan gatal aku godek-godek folder document aku
maka terjumpa lah aku dengan sebuah nukilan bertajuk,

...penamat buat aku dan dia...

hari itu hari sabtu
secara rasmi kami bakal menjadi graduan
gembiranya memang bukan kepalang
memang detik itu yang aku tunggu

demi tuhan
tidak langsung terlintas untuk aku bertemu dia pagi itu
segalanya rancangan yang maha kuasa
aku anggap sebagai rezeki
rezeki terakhir sebelum kami membawa haluan masing-masing

ya…
memang aku tersenyum girang menikmati waktu itu
setelah beberapa bulan tidak bertemu
oh, ya… bila agaknya waktu terakhir aku bertemu dia…?
Aku tak ingat atau memang saja aku buat tak ingat
Entah

Ah, aman sahaja lah waktu itu
Memang saja aku melengahkan detik memasuki dewan
Sebab aku tahu dia ada di belakang
Jadi, buat apa tergopoh gapah
Haha

Waktu itu berlalu dengan tenang
Seorang demi seorang teman aku menikmati detik girang
Detik girang antara teman seperjuangan berakhir dengan aku

Amat kelakar waktu itu
Aku cuba untuk mengingati setiap perilaku yang diwajibkan ketika menerima ijazah
Sangat naïf!!
Turun sahaja daripada pentas tersebut
Hamburan ketawa teman-teman kedengaran
‘kau ikut semua yang dorang suruh buat, giler semangat’

Ya tak ya jugak
Aku bukan orang yang gemar menurut peraturan
Tapi entah kenapa waktu itu aku turut sahaja semua perilaku
Mungkin kerna nak tunjuk bagus?
Atau mungkin kerna emak aku sedang memerhati?
Setiap saat berada dalam dewan itu serba tak kena
Kejap pandang kiri, kejap aku toleh ke kanan
Anak mata tak lari dari cuba menjeling ke bahagian belakang
Untuk curi-curi mencari dia
Tapi sampai ke sudah
Bayang pun tak kelihatan
Huhu

Tamat majlis terus aku mencari emak
Pada waktu itu, emak tengah menunggu di panggung seni
Aku terus melangkah membelah lautan manusia untuk ke sana
Dan sedang enak aku bergambar sakan bersama emak
Kau tau apa yang jadi?

Dia dan keluarganya muncul daripada tepi
Terus berdiri di belakang aku dan emak
Sambil mengambil gambar bersama keluarganya
Adakah ini satu kebetulan?
Yang itu aku tak pasti

Tapi kemunculan dia benar-benar memeranjatkan aku
Kau boleh lihat melalui setiap gambar graduasi aku
Ekpresi muka sangat tak boleh blah
Dan itulah detik terakhir aku nampak dia..

********

nukilan ini aku tulis hampir setahun yang lalu
ketika aku menerima ijazah pertamaku
tapi aku tak pernah nak post
malas mungkin,
atau mungkin juga disebabkan dah tiada apa lagi yang perlu aku ceritakan mengenai aku dan dia
jadi, inilah kisah penamatnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails