Sunday, July 24, 2011

Entry tertangguh

Inilah perkara-perkara yang berlaku sekitar,
16 Julai 2011 yang lalu..


Ahah, bergambar dengan Deborah Henry di Farenheit88..
Beliau sangat polite dengan merendahkan sedikit ketinggian
beliau supaya aku tak nampak katik di sisinya... lol


Kemudian,
terus hang out dekat Sungei Wang..
Tengah jalan-jalan,
Azree dapat panggilan daripada Anem Mazlan ajak berparty lepak di Putrajaya,
sambil menonton boat berhias..


Sampai-sampai Putrajaya,
kedatangan kitorang disambut dengan percikan bunga api...
VVIP sangat pangkat...


Bunga api masih meletus...


Dan terus meletus...



Okay, baru nampak kelibat boat berhias..
Yang depan tuh boat YTL...


Berlatar belakangkan bridge Putrajaya yang gah kononnya..
Bridge tuh la yang selalu masuk dalam scene-scene cerita Yusof Haslam anak beranak...
lol


Posing-posing sambil tengok boat...
Daripada kiri Anem, Azree dan Anuar..
3A tuh...


Adegan peace-peace pulak sambil sengih malu-malu kucing...


Pastu, semua pun dah macam kebulur jer kan,
terus singgah Nim's Little Island..
Melantak time...


Tengok menu di atas...
Soda Gembira, Soda Sedih, Soda Muda, Soda Sukaduka dan Soda Ceria...
Meriah sangat minuman di sini..
Patut tambah lagi satu soda, Soda Meriah...


Inilah Kueh Teow Kung Fu Nim's...


Pe name menu nie ntah,
aku tak ingat...
hahah


Inilah soda yang ditunggu-tunggu,
Soda ...
(Aku tak tau soda apa yang diminta Anem, cuma soda nie disertai dengan ais krim)


Air Cinoni Apple..
(lucah bebenor ejaan aku tuh)


Sandwich Tuna Anuar...
Presentation lawa gila...
Tapi sebijik cam kat Restoran kat Censelori UKM tuh...
Tak tau sapa tiru sapa..


Akhir sekali, sekadar French Fries...

Kemudian, lepas makan kitorang beransur balik..
Anem kena antar aku balik rumah semula,
sebab die jemput aku dari rumah hari tuh..
Pastuh, berlaku lah kejadian lawak di tengah malam...

Time nak hantar aku balik,
tiba-tiba ada roadblock kat jalan keluar dari rumah aku tuh...
Pastu, baru Anem cakap die tertinggal lesen dengan I.C..
Ceh, sepanjang malam kau pandu secara haram tanpa I.C dan lesen..
Ada roadblock baru gelabah..
Dahtu, terpaksa la menggunakan kaedah terakhir untuk keluar dari kawasan rumah aku..
Sampai rumah aku, Azree bawak motor aku dan aku lak terpaksa drive budak-budak nie melepasi roadblock tuh...

Apa yang lagi lawaknya,
time kitorang dah keluar balik daripada kawasan rumah aku tuh,
roadblock tadi tuh dah habis pun..
Polis tadi yang menyekat jalan,
tiba-tiba dah lesap entah ke mana-mana...
Buang karen betul aku drive dorang nie...

Persoalan yang timbul,
Betul ke ada roadblock sebelum tuh atau sekadar ...

Thursday, July 21, 2011

Tanda-tanda Nyanyuk

1- Bila keluar rumah, lupa bawak handphone.. Terutama sekali pada hari yang memang anda busy gila, sehingga rakan di sekeliling anda terpaksa menjadi orang pengantara antara anda dan pihak lagi satu...

Konsep ini dinamakan: Handphone mu, handphone ku jua la time nie...

2- Bila anda keluar dari rumah member anda, handphone yang pernah anda tinggalkan sebelum ini di rumah sendiri, kini tertinggal pula di rumah member anda... Pastuh menggelabah, ingat handphone hilang... Ntah hape-hape...

Konsep ini dinamakan: Apa ke bangang jadahnya dalam masa 3 hari kau boleh TER-tinggal 2 kali handphone kau di rumah sendiri dan rumah kawan!!!

3- Bila anda turut lupa untuk pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menuntut kembali handphone anda tuh...
(Okay, perkara nie belum berlaku lagi.. Hopefully aku tak lupa nak pergi ambek handphone aku tuh esok...)


Kalau aku terlupa,
memang sahih aku dah NYANYUK!!!!!!!!

Thursday, July 7, 2011

Malaysia SME Congress 2011

Okay, entry untuk pembacaan kau wahai cik Farahain..

Sebenarnya aku nak buat entry panjang pasal nie,
tapi tiba-tiba discover berita nie dah keluar bernama pun..
So, baca je la nie..


Tun Mahathir Masih Belum Dapat Pulangan Daripada Perniagaan Bakeri

SHAH ALAM, 6 Julai (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Kongres Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sini Rabu bahawa beliau masih belum menerima sebarang pulangan atau dividen daripada perniagaan bakeri dan pastri yang diceburinya.

Perniagaan Dr Mahathir merupakan bakeri ala Jepun yang dikenali sebagai The Loaf.

Beliau berkata beliau telah menambah modal ke dalam perniagaan itu tetapi tidak meminjam sesen pun daripada bank.

"Saya takut meminjam. Saya tidak boleh tidur bila meminjam wang daripada orang lain," kata beliau.

Mujurlah, kata beliau, beliau menyimpan wang daripada perkhidmatan beliau selama 29 tahun dalam kerajaan sebagai menteri dan Perdana Menteri bagi memulakan perniagaan bakeri dan pastri itu.

Dr Mahathir menasihati mereka yang berhasrat menjalankan perniagaan supaya bersedia untuk mempunyai lebih banyak modal daripada yang dijangka atau fikir mencukupi.

"Kalau seseorang berkata anda memerlukan RM1 juta sebagai modal, tolonglah sedia RM3 juta," kata beliau.

Beliau berkata beberapa ahli perniagaan di Malaysia menggunakan wang daripada bank-bank sebagai modal dan jika mereka mengalami kerugian, bukan hak mereka tetapi pihak bank.

"Mereka lupa bahawa bank boleh membawa perkara itu ke mahkamah dan menjadikan mereka muflis kerana tidak membayar hutang atau kelayakan kredit dan kredibiliti mereka terjejas.

"Akhirnya tiada bank yang mahu memberi pinjaman kepada mereka lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata selain kelayakan kredit dan kredibiliti, seorang usahawan perlu menyampaikan apa yang mereka janjikan kepada pelanggan.

Beliau berkata ramai yang mahu beliau menfrancaiskan The Loaf dan bersedia membayar wang yang banyak sebagai pendahuluan. Tetapi pada masa ini, beliau berkata beliau tidak pasti sama ada langkah itu akan membawa keuntungan.

"Saya mahu memastikan apabila difrancaiskan, ia boleh mendatangkan hasil. Tetapi, apa yang menjadi persoalan ialah kredibiliti. Jika anda mahu mengambil wang pendahuluan dan tidak kisah kalau penerima francais mendapat keuntungan atau tidak, tidak lama kemudiannya reputasi akan hilang," kata beliau.

Beliau berkata The Loaf kini mempunyai empat cawangan di Kuala Lumpur, termasuk satu di Pavilion Bukit Bintang dan satu lagi di Langkawi.

Dr Mahathir berkata beliau meneliti idea mempunyai dapur terpusat seperti kebanyakan restoran Jepun.

Persidangan sehari itu dianjurkan oleh Malaysia SME, akhbar tempatan khusus mengenai perusahaan kecil dan sederhana yang diterbitkan dua minggu sekali.



-- BERNAMA


***


Yeah, The Loaf itu kepunyaan Tun Mahathir..
Beliau telah dijemput untuk bercerita mengenai Bakery and Cafe-nya itu di Majlis Malaysia SME CONGRESS 2011..
Dan menurut kata Tun, itulah kali pertama beliau dijemput untuk bercerita mengenai business beliau secara terbuka..
Alhamdulillah, aku dapat peluang mendengar pesanan Tun tuh secara live depan mata..
Excited jugak la, sebab tak pernah-pernah aku peluang untuk dengar Tun berucap secara live..
Hehehe...
Insyaallah, setiap kata-kata Tun hari tuh akan tersemat dalam kepala otak ingatan aku sampai bila-bila..


Photo by ME
Camera by NurSuryana

P/s: Kesimpulannya, kau rasa halal ke tidak wahai Farahain???

Tak suka tak yah tengok

Gara-gara astro aku disambar petir,
aku stuck la kat rumah sekarang..
Tunggu technician astro sampai..
Makanya, aku ada la masa terluang nak godek-godek internet aku yang maha lambat nie..
Hasilnya, aku discover video nie..

Guys, girls,
gays,


Presenting...
Yuna's cover of Nirvana's "Come As You Are"



Dan kalau nak tengok komen-komen yang telah diterima Yuna,
sila klik kat bawah nie..

MANE?? MANE?? MANE komen yang Yuna terima tuh??? Aku nak baca!!!!

Sunday, July 3, 2011

Broga Hill, 2 Julai 2011

Aktiviti yang dilakukan tanpa perancangan panjang..
Semuanya bermula pada 1 Julai 2011,
kira-kira 11.30 pagi,

"Kau nak panjat broga tak esok?? Anem ajak"
Text daripada Azree..

"Eh, asal tiba-tiba aku mendapat jemputan. Confuse sat (@_@)"
Aku reply..

Saja aku reply camtuh sebab still bengang tak dapat jemputan menonton Transformers time dorang semua tengok movie tuh ramai-ramai...

Pastuh,
tiba-tiba Azree seru nama aku kat page Facebook, Azuana..

"
Izuan Idris aku terpaksa pggl ko kt sini.. sbb aku xde krdt.. nk x g broga?"

Ceh, patut la aku reply text dia tak respon, takda kredit rupanya..

Then, aku reply,

"seru2 aku lak kan.. kalo anem drive aku on je.. lol"

Makanya, terjadi la aktiviti pagi 2 Julai tuh..
Pada mulanya, kitorang bertiga jer yang beriya nak pergi memanjat Broga Hill,
tapi last minute dapat sorang lagi participant, Azam..
Nah, enjoy photo travelogue kitorang...


Broga Hill


Sunrise


Wajah-wajah participants,
Azree Yahya


Anem Mazlan


Azam Zainal Abidin
Dan termasuklah aku..
Okay, semua gambar di atas diambil ketika sampai 1st pit stop..
(dah macam Amazing Race siot)

Meneruskan perjalanan ke 2nd Pit stop..


Sempat posing-posing ketika mendaki


2nd pit stop dan Anem


Muka puas menawan peak kedua Broga Hill


Lagi meneruskan perjalanan


Tiba-tiba nampak awek yang dah siap posing,
tangan-masuk-poket apabila kamera dihalakan


Pit stop seterusnya, sempat jugak Azam posing


Menghilangkan penat sekejap


Dan akhirnya,
inilah scenery puncak tertinggi Broga Hill..
Cantik tak???
(gaya Eric Leong dalam Casa Impian)
Okay, pandangan atas tuh memang cantik,
kalau rasa macam tak cantik,
sila salahkan photographer pada hari itu...


Posing-posing atas puncak
Yeppie...


Owh, penat hilang tatkala sampai puncak tertinggi..
Puas hati sangat-sangat..


Salah satu bukti kitorang sampai puncak paling tinggi
Tak caya,
kalau korang pulak panjat,
sila cari batuan yang tertulis kata-kata hikmah ini...


Okay,
Tunjuk apa tak tau...


Sesi kaunseling atas puncak,
di sertai angin sepoi-sepoi bahasa..
Hahaha


Bukti seterusnya..
Sah-sah peak paling tinggi jer ada signboard nie kan...


Setelah puas mendaki dan ber-posing,
maka tibalah masa untuk pulang kembali ke dunia realiti di bawah bukit...
Huhu...


Sempat jugak aku nak posing


Teruskan perjalanan menuruni bukit


Posing dulu sebelum balik


Selamat tinggal Broga Hill


Aktiviti memanjat Broga Hill tamat dengan jayanya..


Sedikit nasihat untuk bakal-bakal penakluk puncak Broga Hill seterusnya,
1) Sila pakai sport attire atau sekurang-kurangnya sport shoes la untuk menjamin keselamatan anda... Terdapat beberapa kawasan yang sedikit licin sepanjang pendakian..

2) Jangan lupa bawa torch light sendiri, lagi-lagi kalau korang start panjat pukul 4 pagi.. Kang apa pun tak nampak.. Nak harapkan orang depan korang yang bawak torch light, kejap ada kejap takda lampu tuh kang... Pastuh, kalau dorang berhenti separuh perjalanan, tak kan korang pun nak berhenti sama kan... So, bear in mind, torch light...

3) Jangan lupa bawak kamera, iPhone mahupun Blackberry (BB).. Seperti biasa, kamera untuk merakamkan saat suka-duka sepanjang perjalanan korang memanjat bukit tuh.. iPhone dan BB pulak, bertujuan check-in sebaik saja korang dah sampai atas puncak Broga Hill tuh..
Baru lah nampak korang macam up-to-date kan.. lol... Sebelum sampai di puncak Broga, iPhone dan BB mampu juga bertindak sebagai navigator daripada destinasi rumah korang mahupun tempat korang berkumpul sebelum menuju ke arah Broga Hill..

4) Sebelum pendakian, ambik la light breakfast... Buat la macam kitorang, breakfast dengan dua (2) batang kit-kat setiap seorang... Tenaga yang di-generate mampu membuatkan kitorang panjat sampai puncak tertinggi... lol

5) Bawak la bekalan mineral water sekurang-kurangnya satu (1) botol sebesar alam 1.5liter.. Sampai kat atas puncak tuh, for sure korang memerlukan air untuk menghilangkan dahaga..

6) Bersabar jer la dengan karenah manusia-manusia yang merokok atas puncak tuh... Walaupun kita yang memanjat memang rasa macam tak cukup oksigen dah time sampai puncak, tapi bagi orang yang merokok, rokok itu adalah penyambung riwayat mereka di situ... Kalau tak merokok, tamatlah riwayat mereka time tuh jugak... (kot)

Dan nasihat terakhir aku,

Kalau korang panjat bukit nie dengan kawan-kawan korang yang pernah panjat Broga Hill sebelum nie, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata seperti,
"Nak sampai dah, sikit jer lagi"
Sebab tuh semua dusta belaka, sikit yang dimaksudkan adalah 1 batu lagi sekurang-kurangnya... LOL
Siot kau Azree, aku percaya je la dengan kata-kata kau sikit jer lagi, padahal jauh lagi perjalanan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails