Sunday, July 3, 2011

Broga Hill, 2 Julai 2011

Aktiviti yang dilakukan tanpa perancangan panjang..
Semuanya bermula pada 1 Julai 2011,
kira-kira 11.30 pagi,

"Kau nak panjat broga tak esok?? Anem ajak"
Text daripada Azree..

"Eh, asal tiba-tiba aku mendapat jemputan. Confuse sat (@_@)"
Aku reply..

Saja aku reply camtuh sebab still bengang tak dapat jemputan menonton Transformers time dorang semua tengok movie tuh ramai-ramai...

Pastuh,
tiba-tiba Azree seru nama aku kat page Facebook, Azuana..

"
Izuan Idris aku terpaksa pggl ko kt sini.. sbb aku xde krdt.. nk x g broga?"

Ceh, patut la aku reply text dia tak respon, takda kredit rupanya..

Then, aku reply,

"seru2 aku lak kan.. kalo anem drive aku on je.. lol"

Makanya, terjadi la aktiviti pagi 2 Julai tuh..
Pada mulanya, kitorang bertiga jer yang beriya nak pergi memanjat Broga Hill,
tapi last minute dapat sorang lagi participant, Azam..
Nah, enjoy photo travelogue kitorang...


Broga Hill


Sunrise


Wajah-wajah participants,
Azree Yahya


Anem Mazlan


Azam Zainal Abidin
Dan termasuklah aku..
Okay, semua gambar di atas diambil ketika sampai 1st pit stop..
(dah macam Amazing Race siot)

Meneruskan perjalanan ke 2nd Pit stop..


Sempat posing-posing ketika mendaki


2nd pit stop dan Anem


Muka puas menawan peak kedua Broga Hill


Lagi meneruskan perjalanan


Tiba-tiba nampak awek yang dah siap posing,
tangan-masuk-poket apabila kamera dihalakan


Pit stop seterusnya, sempat jugak Azam posing


Menghilangkan penat sekejap


Dan akhirnya,
inilah scenery puncak tertinggi Broga Hill..
Cantik tak???
(gaya Eric Leong dalam Casa Impian)
Okay, pandangan atas tuh memang cantik,
kalau rasa macam tak cantik,
sila salahkan photographer pada hari itu...


Posing-posing atas puncak
Yeppie...


Owh, penat hilang tatkala sampai puncak tertinggi..
Puas hati sangat-sangat..


Salah satu bukti kitorang sampai puncak paling tinggi
Tak caya,
kalau korang pulak panjat,
sila cari batuan yang tertulis kata-kata hikmah ini...


Okay,
Tunjuk apa tak tau...


Sesi kaunseling atas puncak,
di sertai angin sepoi-sepoi bahasa..
Hahaha


Bukti seterusnya..
Sah-sah peak paling tinggi jer ada signboard nie kan...


Setelah puas mendaki dan ber-posing,
maka tibalah masa untuk pulang kembali ke dunia realiti di bawah bukit...
Huhu...


Sempat jugak aku nak posing


Teruskan perjalanan menuruni bukit


Posing dulu sebelum balik


Selamat tinggal Broga Hill


Aktiviti memanjat Broga Hill tamat dengan jayanya..


Sedikit nasihat untuk bakal-bakal penakluk puncak Broga Hill seterusnya,
1) Sila pakai sport attire atau sekurang-kurangnya sport shoes la untuk menjamin keselamatan anda... Terdapat beberapa kawasan yang sedikit licin sepanjang pendakian..

2) Jangan lupa bawa torch light sendiri, lagi-lagi kalau korang start panjat pukul 4 pagi.. Kang apa pun tak nampak.. Nak harapkan orang depan korang yang bawak torch light, kejap ada kejap takda lampu tuh kang... Pastuh, kalau dorang berhenti separuh perjalanan, tak kan korang pun nak berhenti sama kan... So, bear in mind, torch light...

3) Jangan lupa bawak kamera, iPhone mahupun Blackberry (BB).. Seperti biasa, kamera untuk merakamkan saat suka-duka sepanjang perjalanan korang memanjat bukit tuh.. iPhone dan BB pulak, bertujuan check-in sebaik saja korang dah sampai atas puncak Broga Hill tuh..
Baru lah nampak korang macam up-to-date kan.. lol... Sebelum sampai di puncak Broga, iPhone dan BB mampu juga bertindak sebagai navigator daripada destinasi rumah korang mahupun tempat korang berkumpul sebelum menuju ke arah Broga Hill..

4) Sebelum pendakian, ambik la light breakfast... Buat la macam kitorang, breakfast dengan dua (2) batang kit-kat setiap seorang... Tenaga yang di-generate mampu membuatkan kitorang panjat sampai puncak tertinggi... lol

5) Bawak la bekalan mineral water sekurang-kurangnya satu (1) botol sebesar alam 1.5liter.. Sampai kat atas puncak tuh, for sure korang memerlukan air untuk menghilangkan dahaga..

6) Bersabar jer la dengan karenah manusia-manusia yang merokok atas puncak tuh... Walaupun kita yang memanjat memang rasa macam tak cukup oksigen dah time sampai puncak, tapi bagi orang yang merokok, rokok itu adalah penyambung riwayat mereka di situ... Kalau tak merokok, tamatlah riwayat mereka time tuh jugak... (kot)

Dan nasihat terakhir aku,

Kalau korang panjat bukit nie dengan kawan-kawan korang yang pernah panjat Broga Hill sebelum nie, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata seperti,
"Nak sampai dah, sikit jer lagi"
Sebab tuh semua dusta belaka, sikit yang dimaksudkan adalah 1 batu lagi sekurang-kurangnya... LOL
Siot kau Azree, aku percaya je la dengan kata-kata kau sikit jer lagi, padahal jauh lagi perjalanan...

4 comments:

boneka said...

naishhh~
best gile weh...ty2

Izuan Idris said...

betul2, pasnie carik tempat lain pulak untuk ditakluk (dan tak memerlukan belanja besar).. hahah

Che Nem said...

sokong2!kata yg last tu.pastu kalo xbawak air soda,air masak pun bergune juge.kalo xde iphone ngan BB,cokia pun berjasa juge.*nangis*

Izuan Idris said...

ye2.. hp cokia ko berjasa..
time kite nak carik rumah azam tuh jumpa kan pakai hp ko.. lol..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails