Thursday, July 7, 2011

Malaysia SME Congress 2011

Okay, entry untuk pembacaan kau wahai cik Farahain..

Sebenarnya aku nak buat entry panjang pasal nie,
tapi tiba-tiba discover berita nie dah keluar bernama pun..
So, baca je la nie..


Tun Mahathir Masih Belum Dapat Pulangan Daripada Perniagaan Bakeri

SHAH ALAM, 6 Julai (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Kongres Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sini Rabu bahawa beliau masih belum menerima sebarang pulangan atau dividen daripada perniagaan bakeri dan pastri yang diceburinya.

Perniagaan Dr Mahathir merupakan bakeri ala Jepun yang dikenali sebagai The Loaf.

Beliau berkata beliau telah menambah modal ke dalam perniagaan itu tetapi tidak meminjam sesen pun daripada bank.

"Saya takut meminjam. Saya tidak boleh tidur bila meminjam wang daripada orang lain," kata beliau.

Mujurlah, kata beliau, beliau menyimpan wang daripada perkhidmatan beliau selama 29 tahun dalam kerajaan sebagai menteri dan Perdana Menteri bagi memulakan perniagaan bakeri dan pastri itu.

Dr Mahathir menasihati mereka yang berhasrat menjalankan perniagaan supaya bersedia untuk mempunyai lebih banyak modal daripada yang dijangka atau fikir mencukupi.

"Kalau seseorang berkata anda memerlukan RM1 juta sebagai modal, tolonglah sedia RM3 juta," kata beliau.

Beliau berkata beberapa ahli perniagaan di Malaysia menggunakan wang daripada bank-bank sebagai modal dan jika mereka mengalami kerugian, bukan hak mereka tetapi pihak bank.

"Mereka lupa bahawa bank boleh membawa perkara itu ke mahkamah dan menjadikan mereka muflis kerana tidak membayar hutang atau kelayakan kredit dan kredibiliti mereka terjejas.

"Akhirnya tiada bank yang mahu memberi pinjaman kepada mereka lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata selain kelayakan kredit dan kredibiliti, seorang usahawan perlu menyampaikan apa yang mereka janjikan kepada pelanggan.

Beliau berkata ramai yang mahu beliau menfrancaiskan The Loaf dan bersedia membayar wang yang banyak sebagai pendahuluan. Tetapi pada masa ini, beliau berkata beliau tidak pasti sama ada langkah itu akan membawa keuntungan.

"Saya mahu memastikan apabila difrancaiskan, ia boleh mendatangkan hasil. Tetapi, apa yang menjadi persoalan ialah kredibiliti. Jika anda mahu mengambil wang pendahuluan dan tidak kisah kalau penerima francais mendapat keuntungan atau tidak, tidak lama kemudiannya reputasi akan hilang," kata beliau.

Beliau berkata The Loaf kini mempunyai empat cawangan di Kuala Lumpur, termasuk satu di Pavilion Bukit Bintang dan satu lagi di Langkawi.

Dr Mahathir berkata beliau meneliti idea mempunyai dapur terpusat seperti kebanyakan restoran Jepun.

Persidangan sehari itu dianjurkan oleh Malaysia SME, akhbar tempatan khusus mengenai perusahaan kecil dan sederhana yang diterbitkan dua minggu sekali.



-- BERNAMA


***


Yeah, The Loaf itu kepunyaan Tun Mahathir..
Beliau telah dijemput untuk bercerita mengenai Bakery and Cafe-nya itu di Majlis Malaysia SME CONGRESS 2011..
Dan menurut kata Tun, itulah kali pertama beliau dijemput untuk bercerita mengenai business beliau secara terbuka..
Alhamdulillah, aku dapat peluang mendengar pesanan Tun tuh secara live depan mata..
Excited jugak la, sebab tak pernah-pernah aku peluang untuk dengar Tun berucap secara live..
Hehehe...
Insyaallah, setiap kata-kata Tun hari tuh akan tersemat dalam kepala otak ingatan aku sampai bila-bila..


Photo by ME
Camera by NurSuryana

P/s: Kesimpulannya, kau rasa halal ke tidak wahai Farahain???

2 comments:

niaharaf said...

haha gigih kau kn. salleh pon kata ni tun punya kedai. aku pon rasa xknlah nak jual bacon haram sebab bacon juga boleh merujuk kepada daging halal seperti kebau dan lembu. cuba ko usha the loaf pavilion tuh. tanya kan bacon tu apa. aku mana tau sgt hahah. tau makan ada org bayo ;p

Izuan Idris said...

ceh, bek ko suruh aku tanye tun m terus.. beliau bff aku kan.. lol

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails