Tuesday, August 14, 2012

Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang!

Layan dulu dua video kat bawah nie..





Kau tengok budak zaman sekarang, kecik-kecik lagi dah pandai merompak, pukul, tetak orang segala dengan parang.. Apa nak jadi la... Entah-entah baju, seluar raya pun mak bapak masih belikan (eh, tiba-tiba cerita raya). Kes nie mungkin kes terpencil, yang rakyat Malaysia sendiri pun tak heran kot.. Tapi, bagi kami, mangsa-mangsa rompakan (owh, jangan sangka bangla jaga kaunter kat cyber cafe jer kena rompak yee.. Aku rakyat Malaysia yang tengah guna pc kat cyber cafe pun penah kena rompak jugak) kadang-kadang macam fobia gak bila tengok video-video rompakan camnie..

Haish...


Tuesday, August 7, 2012

Mengenal rakan studio melalui no plat kenderaan mereka

Tudia, tajuk entry jer dah panjang berjela..
Okay, inilah merupakan kemahiran yang berjaya aku enhanced ketika menjadi pelajar senibina..
Aku mengenali dan mengetahui kehadiran rakan-rakan studio melalui no plat kenderaan yang dorang gunakan untuk datang ke studio.. Owh, lupa pulak nak mention... No plat yang aku nyatakan bukan exactly no plat pun, lebih kepada HURUF PLAT. Sebab aku hanya ingat huruf-huruf kat no plat kenderaan budak studio aku jer.. Bhahahaha....

So, kita mulakan..
Segmen mengimbas memori silam..

BGU - Azmal Sabil - Motor 125
*okay, memori paling tak boleh blah dengan motor nie, aku, Salleh dengan Mal pernah naik motor nie 3 orang kot.. Dahtu, aku lak tuh kena duduk tengah-tengah.. Dah la tanpa pemijak kaki, sangat seksa.. Bhahahahahah*

KBD - Wady  - Kancil
*Kenderaan 'MPV' wady nie telah menjadi kenderaan rasmi mengangkut dan menghantar budak-budak studio daripada kolej ke studio.. Tuan empunya kenderaan turut digelar Ketua Biro Kebajikan Pelajar.. LOL*

AFV -  Salleh - Motor Lagenda hitam
*Time 1st year tuh, motor nie baru lagi siot.. Bau kedai.. hahaha*

TAG - Sazwang/Losong - Modenas kriss
*Apa ntah cerita menarik pasal motor nie.. Owh ye, motor nie penah accident bertembung dengan motor senior... Losong g bawak motor nie merentas jalan sehala*

JHY - Apam - Motor 125 biru
*Balik daripada pejabat pos untuk ambik motor yang dipos dari Johor nie, Apam terus accident.. Accident depan mata aku lak tuh.. Adoi...*

BEA - Fami - Motor suzuki panther
*setelah beberapa ketika, motor nie telah menjadi tukun di rumah sewa aku -,-"*

KBA - Anep - Motor modenas
*rasanya la nie no platnya.. Hahaha..*

JHW - Pinaz - Motor honda wave
*motor nie kemudiannya disahkan hilang dicuri ketika beliau meninggalkan motor tersebut untuk pergi bergembira di Wet World (kalau tak silap aku)*

JJT - Pinaz - Kereta kancil
*setelah kehilangan motor honda wave tersebut, beliau terus upgrade kenderaan daripada motorsikal kepada kereta terus*

KBW - Pka - Motor honda wave kaler biru
*beliau pernah meninggalkan motor tersebut di rumah aku bersempena cuti semester yang panjang, makanya ketika birthday aku, beliau telah menghadiahkan aku model kereta bumbleebee la konon*

KBU - Alyaa - Savvy hijau
*1st time bawak kereta AMT kereta beliau ah.. Jakun sikit baru tau gear pun boleh ubah-ubah mode daripada Auto kepada Manual.. LOL*

KCA - Alyaa - Peugeot 308
*kereta yang kadang-kadang jugak dibawa ke studio dan ukm.. Pernah drive sekali, pastu tayar langgar divider.. Alasan, sebab yang naik kereta nie ramai gila kot.. Tak silap aku 7 Orang!*

KCF - Alyaa - Proton Saga BLM
*kereta terakhir yang terlihat dipandu oleh Cik Alyaa di UKM*

BBY - Iman - Charade hitam
*Kereta paling legend di seantero dunia.. Kau bagitau aku siapa budak studio yang tak pernah naik kereta iman yang satu nie?? Hahaha... Kemudian, kereta nie terlibat dengan kemalangan, terus jual timbang kati terus ke kedai besi buruk.. Tsk.. Tsk.. Tsk.. RIP BBY*

WBA - Iman - Charade putih
*Meneruskan legacy charade oleh Iman, kereta nie pulak dibawa ke studio*

CBA - Lee Siaw Ling - Motor modenas
*sadis aku tengok motor nie time tuh*

AEM - Yeap Sze Min - Kereta kancil

WQS - Wong Lot Yee - Proton Saga
*ingat-ingat lupa no plat nie.. Hahaha*

Tapiiiii,
 kenderaan paling hebat sepanjang zaman harus menjadi milik abadi Arziera Abd Rani..
Kereta yang mempunyai no plat,

AR 4..
*ceh, tengok nombor plat camnie mesti orang agak kereta paling cikai pun mestilah Mini Cooper S kan*
Namun, kereta yang memegang no plat ini hanyalah...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Owh ya, salah satu perkara yang mengingatkan aku kepada budak-budak studio nie adalah berkenaan kenderaan jugak la.. Boleh dikatakan HAMPIR semua budak studio aku pernah terlibat dengan kemalangan sama ada di dalam atau di luar UKM semasa kitorang 1st year dulu.. Dah macam kejadian berantai aku tengok, lepas sorang-sorang terlibat dengan accident.. Tapi Alhamdulillah, walaupun semua terlibat dengan accident, takde yang dapat kecederaan teruk pun.. Paling kuat pun, setakat luka-luka jer.. Takda yang sampai patah tangan atau kaki...

Anda pula bagaimana?? Adakah mengenali rakan-rakan anda melalui no plat kenderaan mereka juga??

Sekian catatan kali ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails