Saturday, January 12, 2013

Year End Getaway at Tanah Aina

Okay, ini barulah entry update blog yang sebenar. Hahah. Dua entry sebelum nie sekadar nak mencuba feature yang mampu dilakukan smartphone kesayangan aku nie haa.

Tanpa membuang space dan tebiat, marilah aku bercerita serba sedikit pasal YEG nie. Sebelum berlakunya trip kali nie, aku dengan Team Mengejar Awan (Nama tak boleh blah. Tapi tak boleh blah2, nama nie tak la se-bangang nama group time aku study dulu, Lumut di Dinding Bangunan. Kalau ada masa aku update pasal nie pulak. Huhu), telah berdiskusi untuk melakukan satu trip hujung tahun la. Konon nak getaway dari hiruk pikuk (betul ke bm aku nie?) Kota Kolumpo. So, semua dah sepakat sama ada nak pergi trip ke Tanah Aina nie atau pergi Gunung Stong. Tapi disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan semua pun terpaksa akur untuk berlibur di Tanah Aina saja. (Jujur, time nie aku tak pernah tau pun ada nama resort Tanah Aina kat Pahang). Dan malam time diskus nie lah aku telah bertemu dengan kekasih hatiku buat pertama kali sambil bertentang mata iaitu, Hanis Zalikha. (Okay, aku tipu. Jumpa Hanis Zalikha tuh betul part kekasih hati dan bertentang mata tuh aku tipu. Tak pandang pun si Hanis Zalikha tuh kat aku T___T).

Banyak lagi sebenarnya kejadian yang berlaku sebelum kehadiran kami ke Tanah Aina, tapi tak mampu la aku nak hurai satu persatu. Membazir space je cerita. Hahah. Dengan yang sorang tuh tiba-tiba tak jadi pergi lah, lepas tu jadi pergi balik, pastu tak jadi balik la. Tak larat nak taip jadi tak jadi nie la. Haish.
So, inilah serba sedikit gambaran di Tanah Aina.






Yang pajero berbelang tuh lah ride kami dari kawasan park kereta masuk ke Tanah Aina. Tanah Aina nie memang kawasan private la, so kalau korang bukan datang as a guest, jangan harap la dapat masuk (Macam kejam la pulak bunyinya). Maksud aku, kalau nak masuk situ kena la book semua, tak boleh pergi pakai terjah aku rasa (aku rasa la).


 
Kemudian, serba sedikit gambaran jalan menuju ke Tanah Aina. Disebabkan time kami datang nie musim hujan, so jalan kat situ memang sedikit berlumpur ah.

 
Turun-turun jer dari pajero tuh, terus staff Tanah Aina hulurkan air. Hah, VVIP sangat layanan (Gila tak VVIP, kalau rate semalam pun RM235 satu kepala. Hahahah).


Sampai-sampai, ada la kena isi borang sikit, itu ini. Bla. Bla. Bla. (Nak taip pun bosan part nie). Pastu terus la kami check-in bilik kami. Dan bilik yang telah ditempah adalah berupa,

 
Khemah! Lama gila tak camping-camping nie. Heheh. Tapi, khemah dia tak la mcm khemah kau beli kat Tesco Kajang tuh. Khemah dia up sket la sebab, siap katil dalam khemah tuh beserta sebuah kipas angin (bukan kipas-susah-mati. Jadah apa nak letak kipas-susah-mati kau dalam khemah tuh).



Dan betul-betul sebelah khemah tuh, sungai yang sangat awesome. Dah boleh berangan ah tidur malam sambil ditemani bunyi air sungai mengalir. Memang best. Dan letak barang kejap, pastu golek-golek sikit katil terus keluar pergi lunch dekat Dining Hall Tanah Aina (dining hall la sangat, tempat makan sudah).

 
Selesai semua lunch, balik khemah tukar pakaian yang lebih bersesuaian untuk memulakan aktivit pertama, iaitu jungle trekking. Yang aku peliknya dengan aku nie, time datang tau pulak nak pakai kasut tapi time trekking gigih masuk hutan, masuk sungai semua pakai selipar RM6 Fat is Beautiful aku tuh. Nasib la trekking tak la extreme sangat. Tapi trekking memang super dupa awesome!! Dan lebih awesome lagi di hujung trekking, tersimpan sebuah kawasan yang di panggil, Leap of Faith. Tempat melakukan free fall dalam air setinggi 15kaki (Ok, time nie boleh plak dak-dak nie cakap tinggi 15meter. Aku dah terbayang ketinggian bangunan 5tingkat. Sekali 15kaki jer pun). Tapi 15 Kaki pun, bila nak terjun tuh kau tau lah tinggi rendahnya dunia. Ketaq lutut beb!


 
Lepas puas main air, balik ah semula ke khemah dan bersiap untuk dinner pulak. Tuh dinner aku, siap smiley. Hahah. Gila kanak-kanak. Yela, kat rumah memang tak dapat la nak makanan ber-smiley nie semua. Hahah.
Malam tuh sepatutnya ada night walk, tapi hujan lebat lak. So, plan terpaksa dibatalkan.


 

Owh, lupa lak. Time lompat-lompat kat Leap of Faith tuh, pihak Tanah Aina siap sediakan video camera untuk rakam aksi setiap orang time lompat kat situ. Dan malam tuh, diorang siap mainkan balik video tuh, dan tengok lah korang betapa huduhnya cara terjunan ala Pandelela Rinong tak jadi tuh. Hahaha. Tapi aktiviti night walk malam tuh digantika dengan aktiviti bermain ping pong, carrom dan games yang sewaktu dengannya.

Pagi ke-esok-kan harinya, semua pun dah ready untuk morning walk. Bangun TER-lewat sikit. Patut pukul 6.45pagi dah kena berkumpul untuk walk tuh, tapi aku pukul 6.45pagi baru sedar dari tidur. Bangun terus berlari pergi surau dan subuh, before tukar baju untuk pergi morning walk tuh. Abun malas nak pergi katanya, so dia decide sambung tidur kat khemah -.-"

 
Morning walk pagi tuh best jugak cuma tak dapat nk menikmati sunrise sangat akibat hujan lebat malam tadi. Kabus jer yang banyak. Sebab tuh la kot Abun memang malas join, dia dah tau berkabus tak nampak sunrise. Tuh yang dia duk kat katil sambung tidur. Huhu.

Next pulak, aktiviti flying fox. Lepas kitorg breakfast. Tak cukup sekali, main lagi round ke dua flying fox tuh. Tak pasal-pasal kena bayar lebih. Hahah. Tapi main dua kali baru puas hati, sebab time buat kali pertama mata fokus kat kamera yang ambik video meluncur laju atas flying fox tuh. Time main kali kedua baru sempat menikmati keindahan alam dari pandangan mata burung (Bajet kau buat 3D nak nampak pandangan mata burung, cacing segala). Dah puas ber-flying fox, balik khemah sambung mandi sungai sebelah khemah tuh before packing barang dan balik.


So, sepanjang kat Tanah Aina tuh memang full dengan aktiviti jer la. Dan yang paling menarik sebab semuanya berkenaan dengan Nature. So, terasa la diri nie amat dekat dengan alam semulajadi. Eceh.



Sent from iPhone 5®













Friday, January 11, 2013

Magic Mug

Ok, jujur sebenarnya.
Aku post entry nie semata-mata sebab nak try post gambar kat bawah nie. Nak try tgk, jadi ke tak aku post entry bergambar. Hahahah.
Kalau tak jadi, takpelah. Next time cuba lagi. Tapi, mug nie memang sangat cool la. Bila kau tuang air panas, mug nie dengan sendiri akan berubah warna.
Haaaaa. Nice kan.


Sent from iPhone 5®

Test

Cobaan 1,2,3
Sent from iPhone 5®

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails