Thursday, July 19, 2012

Kisah Tempurung Lutut



Sedang aku membelek-belek website yang biasa aku kunjungi, tiba-tiba aku terbaca kisah seorang selebriti yang tempurung lutut dia retak.. Aku tak sempat baca habis pun pasal selebriti tuh, sebab tiba-tiba ingatan aku terus teringat kisah ketika berada di tingkatan 5 dulu...

Ye, time tuh tahun nak ambek spm.. Aku nie budak sains tulen la kononnya.. So, biologi merupakan salah satu daripada subjek elektif aku time spm tuh dulu.. Budak-budak yang belajar biologi nie terkenal dengan suatu sifat yang berbeza sikit daripada budak aliran yang lain, sebab budak bio nie kejenya asek menghafal jer (Owh, at least aku lah salah seorang daripada budak yang kejenya menghafal.. Pahamnya tidak!).

Dan nak dijadikan cerita, cikgu bio sekolah aku nie suka menggunakan kaedah yang lebih interaktif dengan pelajar apabila melibatkan sesi pembelajaran. Jadi, satu hari nie, cikgu bio aku sudah bagi satu kuiz dalam kelas untuk menamakan setiap tulang yang ada dalam badan manusia... Nama yang kena letak tuh bukan nama panggilan seharian yang biasa kita panggil, tapi nama saintifik la kan... Kalau setakat nama yang biasa kita panggil, baik tak payah ada kuiz (tudia.. bhahahaha) Aku pun tak ingat samada kuiz yang cikgu aku tuh buat dia dah bagitahu awal-awal, atau kuiz tuh dilakukan secara spontan. Tapi yang aku ingat memang agak menggelabah ah sepanjang kuiz tuh berlangsung...

Kuiz nie senang jer caranya, setiap kumpulan perlu me-label setiap tulang yang terdapat pada model tengkorak yang diberikan cikgu aku tuh la.. Masa diberikan antara 15-30minit kalau tak silap aku.. Start jer kuiz tuh, semua pun pakat excited gila lah kan nak label tulang tu lah, tulang nie lah... Masing-masing nak tunjuk hebat kan.. Bhahahahaha...

Tamat jer masa kuiz kitorang tuh, cikgu aku terus pergi setiap meja dan kira berapa banyak jumlah label yang betul untuk setiap kumpulan.. Kebetulan pulak, kumpulan aku berada di meja belakang.. Maka, kumpulan depan menjadi orang yang lebih dulu dikira ketepatan jumlah label diorang lah kan.. Cikgu aku nie pulak, time dia kira jumlah label yang betul tuh, dia pun bagitau ah nama setiap tulang tuh... Sampai jer part tulang lutut tuh, terus cikgu aku bising kat kumpulan depan aku tuh,

"La, nie kenapa la tak label tempurung lutut nie"

Bila budak kumpulan aku dengar jer cikgu cakap macam tuh, terus kitorang dengan bijaksana yang teramat sangat! terus label-kan tulang kat lutut tuh as TEMPURUNG LUTUT! Langsung tak terfikir nak letak nama saintifik tempurung lutut tuh.. Dahtu, bila sampai kumpulan aku punya turn cikgu nak kira label yang betul, terus dia terpandang kat lutut tuh, seraya berkata,

"YANG KAMU PEGI LETAK TEMPURUNG LUTUT NIE KENAPA? LETAK LA NAMA SAINTIFIK DIA, PATELLA!!!"

Okay, nampak sangat kumpulan aku menipu time nie dan kantoi.. Bhahahahaha... Sah-sah lepas cikgu aku membebel kat kumpulan depan tuh terus kitorang label tempurung lutut kitorang sebagai TEMPURUNG LUTUT dan bukannya PATELLA!! Hahaha.. So, moral of the story, kalau ye pun nak menipu time kuiz tuh, jangan la sampai kantoi depan-depan.. Malu siot...

Gigih ke aku?







Benar lah kata orang,
'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'
(hah nampak educated tak sekali sekala letak peribahasa dalam entry.. LOL)

Okay, padahal peribahasa tuh takde kena mengena dengan apa-apa pun..
Saja nak taip.. Bhahahahaha...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails