Tuesday, June 21, 2011

Lagu cambest

Tiba-tiba rasa macam nak share lagu-lagu yang aku rasa cambest dan cool..
Kalau anda rasa tak cool dan kurang umphhh, sila cari lagu cool anda sendiri...
Terima kasih...

No. 5



Tajuk: Satu
Penyanyi: SM Salim Feat Zainal Abidin
Komen: Pilihan lagu yang menjadi igauan dan kegilaan mak cik-mak cik felda dan pprt orang lama (ye ke?? ke aku jer yang dengar lagu-lagu camnie.. lol). Aku teringat time aku dengar lagu nie kat laptop time dulu-dulu, tiba-tiba ada sorang member tanya, "Izuan, kau dengar radio apa tuh??".. Fyi, time tuh aku tak dengar radio pun.. Lagu nie memang ada dalam laptop aku dan aku dengar ulang-ulang (Kenapa?? Tak caya??).. Adunan muzik moden yang digabung bersama joget melayu klasik.. Kombinasi SM Salim dan Zainal Abidin pun sangat best dan mantap.. Brilliant!!
Bintang: ***1/2


No. 4



Tajuk: L'heure Avait Sonné
Penyanyi: Joyce Jonathan
Komen: Pertama kali dengar lagu nie time tengok Gossip Girl Season 4, waktu tuh Louis Grimaldi try nak approach Blair Waldorf yang sedang kusyuk melihat masterpiece Édouard Manet, Le déjeuner sur l'herbe... Lagu catchy yang amat bersesuaian dipasang ketika hendak meng-ushar para gadis.. Dan jangan lupa, sekiranya anda cuba mengayat awek ketika lagu ini sedang dipasang, lagi molek sekiranya anda mampu mengungkapkan kata-kata indah dalam bahasa Perancis... Serius, mesti mereka akan lebih mudah tertawan dan terus merasakan seakan-akan anda merupakan Prince Charming yang telah ditunggu sejak sekian lama... Bonne chance!! (Owh, tiba-tiba terasa macam berada di depan the Louvre)
Bintang: ***1/2


No. 3



Tajuk: Fears and Frustrations
Penyanyi: Yunalis Zarai
Komen: Secara jujurnya, ketika nama Yuna sedang meningkat naik aku tak minat pun dengan Yuna.. Setakat lagu Dan Sebenarnya je la duk ulang-ulang kat radio.. Sampai bosan jugak la aku nak mendengarnya kadang-kadang.. Pastuh, keluar la satu persatu lagi karya Yuna di radio.. Namun, takde satu lagu pun yang meninggalkan kesan mendalam (eceh, ayat ujian karangan BM sangat).. Dan suatu hari, sedang aku membelek-belek forum kegemaran aku, aku nampak satu thread pasal lagu baru Yuna.. Lagu nie dikatakan, hanya untuk pasaran itunes US sahaja.. Persoalan aku time tuh "Lagu Yuna tuh, layak ke nak masuk pasaran US??".. Tapi, setelah aku mendengar sendiri lagu nie, aku memang terkejut beruk sangat-sangat sebab memang tak pernah sangka Yuna boleh produce lagu berbentuk macam nie.. Dan lepas tuh, aku terus Like Yuna kat Facebook (perlu ke bagitau??) dan menjadi salah seorang pendengar genre muzik yang dibawa Yuna sehingga kini.. Kudos, Yuna... Keep it up..
Bintang: ****


No. 2



Tajuk: The Lazy Song
Penyanyi: Bruno Mars
Komen: Malas, malas dan malas.. Okay, 1st time masa dengar lagu nie aku tak tau pun lagu nie lagu Bruno Mars, sebab aku dengar daripada video member aku... Dia main gitar sambil nyanyi lagu nie, then post kat Facebook.. Owh, sangat cool masa tuh, walaupun suara member aku nie takde la sedap mana pun (kutuk member sendiri kan)... Pastuh, baru la aku terhegeh-hegeh bukak Youtube, cari penyanyi sebenar.. Then, aku discover penyanyi sebenarnya adalah Bruno Mars yang mantap.. Memang layan gila lagu nie, nak-nak pulak time memang aku betul-betul tengah malas dan tak mau buat kerja.. Lagi ah memberikan inspirasi, malas tak hengat!!.. lol.. Bukan lagu dia jer best, video clip lagu nie pun memang terbaekkkk.. Simple dan creative...
Bintang:****

No. 1



Tajuk: Bennie and The Jets
Penyanyi: Elton John
Komen: Classic never fails... Bagi la aku lagu nie time bila-bila pun, memang aku layan abes.. Salah satu daripada all time favorite aku.. Sekarang aku tengah cuba-cuba nak main lagu nie guna iPad, namun percubaan gagal tahap hanjing kronik... Susah gila kot, tambah-tambah pulak nak main pakai iPad yang maha besar tuh, maunya tergeliat jari jemari aku nak main lagu nie.. So, skang sedang berusaha mendapatkan keyboard daripada Dayana Akma.. Hopefully, lepas pinjam nanti aku dapat belajar main lagu nie dengan jayanya...
Bintang:****1/2

2 comments:

dayana said...

ahakss..tersedak2 ak...ghupenye ade org mngumpat kt sini..haha..bile lagi izuana, rate rm8 jek sehari..haha...

Izuan Idris said...

what?? rm8 jer..
so aku book 2bulan yee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails