Aktiviti: Backpack travel around Borneo (Sabah-Sarawak-Brunei)
Tarikh: 26 Januari 2012-1 Februari 2012
Tujuan asal: Menghadiri kenduri kahwin Zianaliza Akhrin Hamdan
Tujuan Sampingan: Berjimba di sekitar Borneo!
Okay, sebenarnya sepanjang aku hidup 25 tahun nie, jujur aku tak pernah sampai borneo. Nie la baru pertama kali nak sampai. Tuh yang macam
Dari kiri *cepat jalan* Ana, Aku, Iman, Dayah, R dan Abun
Owh, yeah tertinggal sorang lagi tulang belakang dalam aktiviti travel kali ini iaitu MakCik Cleaner *yang memakai BlackBerry*, Miss Farah Diana (tudia dah macam ketua rombongan kan gambaq sorang diri. Bhahahahaha)
Anyway, beginilah permulaan penjelajahan kami 7 sekawan *kawan ke??*
Pagi 26 Januari tuh, aku seorang diri bergerak dari rumah menuju ke KL sentral. Feeling-feeling backpack abes nie, dari rumah pun ambek public transport jer. Konon la nak merasa 100% backpacker.. Bhahahahaha... Sampai KL Sentral, bertemu la dengan Farah Diana, konon la nak tunggu Iman sekali, sudahnya dia lambat macam ape jer, So kami mengambil keputusan untuk bergerak ke LCCT dulu..
Tak nak kalah, pergi LCCT naik ERL okay.. Kau ader??
Tambang RM12.50 Sahaja sehala..
Beginilah keadaan dalam ERL pada hari bekerja, lengang..
Kalau hari tak bekerja aku tak tau la camne, sebab tak pernah naik.. LOL
Sampai LCCT, barulah bertemu dengan Dayah dan Iman. Sementara nak menunggu flight berlepas, sempat lagi la MakCik Cleaner sorang tuh nak charge BB la.. Adoi.. Nasib la ade plug kan... Sempat jugak la kot charge 10 minit *aku rase la*.. Bhahahaha..
Sehingga saat terakhir flight kitorang nak berlepas, around 12.50 tgh hari camtuh, batang idung Ana masih tak kelihatan.. Macam petanda-petanda awal nak tertinggal flight nie.. Tau la memang dah selalu lambat kan, tapi sampai nak naik flight pun lambat nie, ape cer.. Sudahnya, sebelum beberapa minit pintu ditutup, baru lah nampak muka Ana, nasib baik.. So, penerbangan lebih kurang 2jam 30minit itu berlaku dengan riang gembira *okay, part nie tak berlaku pun, saje tulis bagi sedap cerita. Hah, sedap tak??*
Okay, kalau korang perasan, yang naik flight pada 26 Januari nie, aku, Iman, Farah, Dayah dan Ana jer kan. R dan si Abun tuh takde pun kan. Hah, mereka dua orang dah honeymoon dua hari lebih awal daripada kami berlima.
Sampai di Terminal 2 nie lebih kurang pukul 3.30 petang. Beginilah gambaran di Terminal 2, Kota Kinabalu sementara kami menunggu transport rasmi sepanjang penjelajahan di Borneo nie.. Transprt rasmi kami sepanjang berada di Borneo ini adalah...
Jeng.. jeng.. jeng..
Nissan Urvan. Mampu memuatkan sehingga 14 manusia biasa bersaiz average, namun kami menggunakan transport ini untuk kapasiti seramai tujuh orang sahaja.. Nasib baik la tujuh orang jer, aku rase kalau 14 orang dalam urvan nie, maunya urvan nie sumpah seranah. *kalau dia boleh cakap la* Tujuh orang nie pun dah macam 20 orang konsepnya berhimpit dalam kete. Owh ya, kos sewa nissan urvan ini adalah sebanyak RM230/day.
Sebahagian daripada jumlah bag yang terdapat sepanjang ekspedisi ini. Semua pakat bawak pakaian satu wardrobe bakhang.. Maunya tak penuh backpack tuh.. Hoho...
Selepas dapat transport, kami terus menuju ke Bandar Kota Kinabalu (KK) bertujuan untuk menjemput R dan Abun kat sana. Namun begitu, sebaik keluar dari Terminal 2 tuh, kitorang awal-awal lagi dah sesat. Macam mane ntah boleh masuk jalan lain, terus sampai Tanjung Aru Resort and Spa.. Adoi la.. Nasib baik lepas tuh, pantas mendapat bantuan Auntie Tina.. Cukup memalukan bagi mereka-mereka yang dah selalu ke Sabah, tapi masih sesat. Lain lah aku yang 1st timer nie. Hahaha... Time jemput R dan Abun lebih kurang 5 petang.. Setelah berjaya menjemput mereka berdua, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kundasang.. Agak risau jugak time nie, sebab hari pun dah lewat kat Sabah nie, tau je la kan, pukul 5 kat Borneo umpama 6 petang di Semenanjung, hari pun kelihatan semakin gelap.. Huhu.. Tapi, itu tidak sedikit pun mematahkan semangat kami meneruskan perjalanan.. *boleh la cakap besar, sebab bukan aku drive time nie.. Bhahahahahaha*
Kitorang semua gigih sangat nak ke area kundasang nie sebab penginapan hari pertama kami berlima (tak termasuk R dan Abun) terletak di Ranau, so nak tak nak gagahkan diri jugak la redah jalan gelap gelita malam-malam menuju ke Ranau nie. Sampai je area Ranau nie, kitorang lepak dan makan dulu kat Restoran Anjung Selera.
Alhamdulillah, jumpa jugak la kedai makan yang tidak meragukan.. Hehehe...
Tudia, masing-masing sangat particular pasal hygiene nie. Tak yah ada pembantu kedai bersihkan meja pun takpe. Masing-masing tau tanggungjawab kepada diri sendiri dan masyarakat. *tetiba*
Gambar tak rela ditangkap.. Gini la pose-nya
Abun, duk sengih-sengih ape tak tau..
Dayah pun pose sambil tersengih
-.-"
Sup apa tak tau, lama sangat dah makanan nie terperap dalam external hard disk. Sampai aku tak ingat menu sebenar.. hahaha..
Habis jer makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan kami, iaitu...
Kalau nak tengok homestay nie boleh pergi facebook page nya. Ada link aku bagi kat atas tuh, klik je kat nama Keenomulok Home tuh.. Not bad gak homestay nie, owner dia Auntie Christina.. Sangat friendly dan terbaik.. Paling best duduk kat tempat nie sebab kedudukan Keenomulok nie dekat ya amat dengan Poring Hot Spring, lebih kurang 5 minit pejalanan menaiki Nissan Urvan dan bagi yang konon nak jalan kaki ke Hot Spring tuh, boleh sampai dalam masa 20 minit *sebab yang bejalan tuh semua kaki pendek kot. LOL. jahatnya aku*. Beginilah kisah hari pertama kami di Sabah, untuk membaca entry seterusnya sila tunggu entry yang berikutnya..
Akan bersambung...
No comments:
Post a Comment