Selepas bergerak dari Desa Dairy Farm, kami meneruskan perjalanan untuk ke destinasi yang berikutnya.
Destinasi kami seterusnya ialah,
Kundasang War Memorial
Sebelum masuk ke area garden memorial nie, ada lah sedikit sebanyak informasi yang diletakkan berkenaan kisah perang yang berlaku.
Entrance fee adalah RM2 per person
Jalan menuju ke neraka Australia Garden kat dalam tuh ah.
Rupa paras Australia Garden.
Molek.. Molek.. Molekkkk...
Semua pun dah start ber-poncho.
Almaklum, hujan gerimis dah mula mencemburui travel kami..
Eceh, tuh hujan rahmat tuh yang setia mengiringi aktiviti sepanjang hari kedua.
Seolah-olah kedatangan kami di bumi Sabah direstui.
Sempat gak budak-budak nie posing kat area tangga.
Hah, sedikit sebanyak gambaran dalam memorial tersebut.
Pergh, dengan hujan dan kabus-kabus yang menyelubungi sekitar memorial tuh terasa bagai di Australia sungguh la *konon la kan, padahal Australia pun tak pernah pergi*
Lagi gambar dalam memorial.
Ceh, Magazine perspective la sangat.
Feeling-feeling berada di Greece kejap.
Bhahahaha...
Pose maut sebelum keluar dari War Memorial tersebut.
Permandangan tatkala keluar daripada memorial tersebut.
Gila tak sejuk kan.
Seterusnya, tempat yang paling di tunggu-tunggu kalau berada di Sabah.
Gunung Kinabalu.
Tapi kitorang takde la sampai panjat gunung tuh, sekadar berjalan-jalan di sekitar Kinabalu Park ah.
Nasib kami agak baik, walaupun dengan hujan gerimis dan kabus yang begitu menebal, tapi sebaik kami melangkah masuk ke kinabalu Park tuh, puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan daripada kawasan yang kami pergi. Orang cakap, kekadang time cerah pun payah nak nampak sebab kabus yang tebal. Tapi, kami bertuah sebab walaupun berhujan, puncak tersebut masih kelihatan dengan handsome-nya =D
Owh ya, kami masuk park nie secara free tanpa dikenakan sebarang bayaran sebab kami dah bayar entrance fee untuk Hot Spring.
*entah betul, entah tak fakta aku pasal nie*
Sempat jugak pose melompat berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Gila kau tak nak lompat, bukan selalu buat kerja gila camnie kan.
Bhahahahahah....
Masing-masing pun nak bergambar dengan Gunung Kinabalu.
Sempat jugak aku interframe kat belakang tuh.
Pemandangan indah sekitar Kinabalu Park. Tetiba rasa macam nak panjat gunung nie pun ada time tuh.
Kecewa okay, gunung depan mata tapi tak berkesempatan nak menawan puncaknya =(
Hah, yang nie dah macam kat kawasan Bandung dah aku tengok.
Bhahahahahaha...
Sempat gak berposing tengah jalan time keluar daripada Kinabalu Park tuh. Syang kot, dah nampak gunung tepi-tepi jalan. So, apa lagi ambik la kesempatan berhenti kejap dan posing-posing.
Eh, tiba-tiba baju aku dah bertukar kan. Time nie, sempat aku tukar baju sebab cuaca sejuk bebenar. Baju yang pakai tadi dah kena hujan. Tak sanggup aku nak pakai baju basah di kala sejuk begini. Sangat tak selesa.
Sepanjang perjalanan menuju ke arah Kinarut, masih kelihatan Gunung Kinabalu.
Awesome gila.
Sebelum betul-betul meninggalkan Kundasang nie, sempat jugak la kami singgah di Pasar Tamu di sekitar Kundasang tuh. Carik souvenir sikit untuk bawa pulang ke KL katanya.
Macam-macam ada hah. Tinggal nak dengan tak nak beli jer.
Okay, nie memang muka malas nak shopping. Hahaha..
Habis jer semua ber-shopping sakan kat sini kami terus bergerak menuju ke Kinarut.
Tempat tinggal kami pada hari kedua nie terletak di Kinarut.
So, nak tak nak gagahkan diri juga menuju ke arah Kinarut secepat mungkin sebab malam hari kedua nie la Majlis Pernikahan member kami iaitu Zianaliza Akhrin Hamdan atau lebih dikenali sebagi Yin.
So, bergegaslah kami menuju ke destinasi berikutnya.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya dan selamat sampai ke tempat penginapan kami iaitu,
Seaside Travelers Inn.
Harga penginapan kat sini aku tak sure pulak, sebab bukan aku yang menguruskan pembayaran harga bilik tersebut. Yang aku tau, aku dapat kunci bilik dan boleh membersihkan badan setelah penat sehari suntuk berjalan. Tapi time nie tak dapat nak berehat lagi, kami semua terpaksa bersiap-siap untuk bergegas ke rumah Yin pulak yang terletak di Putatan untuk menghadiri majlis pernikahan beliau.
Interior kat Lobi Travelers Inn.
Now dah dapat bilik, time to shower!
Nie sedikit sebanyak permandangan tempat tinggal kami nie.
Waktu malam takdak gambar sangat sebab gelap.
Bilik-bilik di Travelers Inn.
Keseluruhan untuk penginapan di sini, amat berpuas hati.
Dah la kawasan nie betul-betul bersebelahan dengan pantai. So, permandangan memang terbaik ah.
Plus, bagi yang suka swimming kat sini memang ada pool yang korang boleh berenang.
Dan kepada manusia yang berminat dengan permainan ping pong lak, kat sini ada table ping pong juga.
Sempat la jugak aku main se-round dua lawan Abun.
Okay, destinasi berikutnya Rumah Yin. Menghadiri majlis pernikahan beliau.
Namun, apa kan daya. Sampai-sampai jer dah dekat pukul 9 malam tak silap aku. So, Yin sudah pun selamat diijab kabulkan. Kami cuma sempat datang after party punya majlis jer ah.. Hahaha...
Suasana di majlis pernikahan beliau.
Bersanding dan tepung tawar.
Sama jer macam kat KL.
Aku ingat dia punya majlis persandingan atas tandu ke apa.
*Eh, gurau jer Yin.*
Bhahahahahha....
Sempat bergambar bersama kedua-dua mempelai.
Tak puas bergambar kat depan bilik, bergambar pulak kat pelamin.
Candid.. Candid.. Candid..
Okay, nie pagi peluang kepada pasangan yang seterusnya dijangka berkahwin.
R dan Abun.
Bhahahahahah...
Bakal pasangan suami isteri bergurau senda.
Bila ntah dorang nak naik pelamin pulak.
After party! Sesi berbual mesra dengan pengantin baru.
Hehe...
Masing-masing kusyuk menulis wish pengantin baru kepada Yin dan Pache.
Hah, inilah guestbook hadiah handmade yang dibuat oleh MakCik Cleaner, Farah Diana.
Aku pun tak ketinggalan nak tulis wasiat wish kat dalam guestbook itu.
Hah, apa yang aku tulis biarlah rahsia. Eceh, macam apa jer kan.
Anyway, begitulah berakhirnya kisah hari kedua kami di Sabah nie.
Selepas puas berborak dengan pasangan pengantin, kami pun pulang semula ke tempat penginapan.
Esoknya merupakan hari yang lebih memenatkan kerana bermula lah episode pengembaraan kami ke sekitar Borneo.
Akan bersambung...
No comments:
Post a Comment