Wednesday, May 9, 2012

Travelogue: Borneo (Sabah-Sarawak-Brunei) Bahagian II


Hari kedua kami bermula di Ranau.. Kawasan nie bukan lah kawasan tanah tinggi sangat. So, tidak lah begitu sejuk kata Auntie Christina (Owner Keenomulok Home) tuh. Tapi, tak sejuk-tak sejuk Ranau nie, aku tetap rasa sejuk kot.. Almaklum, dah biasa cuaca panas KL kan.. Sebab tuh bila sejuk sikit pun aku boleh alert sehingga ke tulang hitam *katanya*

Inilalah pemandangan jalan menuju ke Poring Hot Spring.. Jalan nie betul-betul terletak di hadapan Keenomulok Home..

Disebabkan perjalanan kami berlaku ketika weekdays, maka kelihatanlah kanak-kanak Ranau sedang berjalan kaki menuju ke sekolah masing-masing. Permandangan biasa di pagi hari, kanak-kanak jalan sebelah anjing pun buat dek jer tau. Bukan macam kat KL, kalau anjing 100 meter dari kita pun dah gedik-gedik nak menyorok belakang kawan-kawan yang lebih besar daripada kita.. Bhahahahaha...

 
 Owh, yeah.. Sebelum berangkat daripada tempat penginapan kami, sempat la jugak bergambar dengan owner-nya, Auntie Christina. Hah, building belakang kitorang nie la Keenomulok Home. Kalau sampai tengah malam macam kitorang, memang susah nak cam la rumah nie, nasib baik ada signboard kat luar tempat nie =D

 Kat signboard pun bergambar jugak.. Hahaha

Keluar jer dari Keenomulok, terus bergerak ke Poring Hot Spring. Hah, tiga orang nie la yang begitu gigih berjalan kaki dari Keenomulok ke Hot Spring.. Nah Gasak la korang *gaya mak jemah* 
Kami (aku, Abun, Iman, Farah) geng-geng malas, menuju ke hot spring dengan Urvan.. Hahaha..

 Sampai kat Hot Spring, breakfast dulu.. Kat luar kawasan Hot Spring tuh memang ada la 2, 3 kedai makan.. Kitorang lepak sini sebab kedai nie jer yang macam bukak.. Kedai-kedai lain aku tengok macam takde harapan nak beroperasi pun.. Hahaha...

 Muka bosan tunggu makan kah??

Breakfast yang sempat kitorang merasa kat sini ialah mee goreng.. Aku tak tau la sama ada mee goreng dia memang betul-betul sedap atau aku yang kelaparan tahap dewa menyebabkan aku rasa mee tuh amat sedap.. Tapi yang tak best time tengah makan nie, tiba-tiba boleh pulak ada anjing tengah jalan muntah dengan tanpa segan silunya. Dah la muntah kat situ, boleh pulak die makan balik muntah tuh.. Adoi.. Terbantut sikit selera disitu. Sila imagine sendiri untuk mendapatkan kepuasan berganda T__T 
*perlu ke imagine perkara yang meloyakan anak tekak sendiri*


Beginilah kawasan entrance Poring Hot Spring. Masuk Hot Spring nie free jer tak silap aku.  
RM3 per person.


 
 Masa kitorang berada di sini, terdapat dua Rafflesia yang sedar mekar berkembang. Eceh, tapi tak pergi tengok pun.. Bhahahaha...
 Tuh, feeling-feeling ambik udara segar Sabah..

 Hah, nie lah sebahagian daripada tarikan Poring Hot Spring.. Antara tempat yang aku berjaya jajah Canopy Walkway, Gua Kelawar dan Air Terjun Kipungit..

 Jungle Tracking sebelum sampai Air Terjun Kipungit.

 Inilah serba sedikit air terjun Kipungit *kot* Sebab kat air terjun tuh takde pulak tulis "INI AIR TERJUN KIPUNGIT" So, aku agak-agak jer la nie air terjunnya.. Signboard yang ada hanyalah, "dilarang mandi" sebab time kitorang datang tuh musim hujan. Mungkin air deras sangat kot..

 Nak sampai sini, terpaksa la korbankan kasut or kaki korang ke dalam sungai tuh.. Takde jalan lain lagi kalau korang nak menuju ke Gua Kelawar. Memang kena merentas sungai tuh jugak. Mula-mula rajin la jugak aku tanggalkan kasut dan stoking semua. Tapi bila tima patah balik, aku pakai jer rentas sungai tuh.. Malas aku nak bukak-pakai-bukak-pakai...

 Meneruskan perjalanan..  
Best ah kat sini, dapat melihat kehijauan hutan =D

 Dah nak sampai Gua Kelawar.

 Hampeh, nie jer rupanya Gua Kelawar dia. Mati-mati aku ingat sebesar 18 Gajah Afrika yang diletakkan secara bertingkat. Rupanya, takde la besar mana pun.. Ceh... 

 Tapi kelawar dalam nie memang banyak gila. Tak mampu dibilang pakai jari kaki dan tangan aku mahupun kombinasi kaki dan tangan Abun, R dan Ana.
*Dah nama pun gua kelawar, memang la banyak kelawar. Tapi kalau takde kelawar kau complaint, ada kelawar banyak pun kau tetap nak bising*

 Setelah puas menjajah, kami terus berangkat keluar dari hutan nie.. 

 Lintas, lintas, LINTASSSSSSS...

 Sedikit sebanyak walkway balik pulak.

 Walkway sini agak cantik la, takde la pulak lecak ke apa walaupun hujan time kitorang sampai tuh.
Owh ya, sebelum aku terlupa. Kepada sesiapa yang teringin menakluk Air Terjun Kipungit dan Gua Kelawar tuh sila pastikan diri anda memakai pakaian yang bersesuaian seperti pakaian sukan mahupun pakaian yang mudah la untuk korang bergerak. Macam aku, kesilapan terbesar aku time nie aku pakai seluar jeans. Ya ampun, hanya tuhan jer la tahu betapa diri nie terasa seperti nak menanggalkan seluar dan merentas hutan tuh dalam keadaan separuh bogel. Sangat penat dan terpaksa guna banyak tenaga bila panjat bukit dengan jeans yang ketat. Huhu..

 Sebelum blah dari situ, lalu la Kebun Etnobotanik nie.. Lalu jer, tak masuk pun.

 Hah, Sekarang aktiviti selanjutnya. Canopy walkway. Ce lihat walkway atas tuh. Awesome kan =D

 Okay, Canopy Walkway nie RM3 per person dan since aku membawa kamera sebesar gambak nie kena charge tambahan sebanyak RM5

 Masing-masing muka gembira merentas walkway nie.

 Aksi poyo sikit.

 Pose, jangan tak pose.

 Keadaan walkway tersebut..
Panjang gak walkway nie, lebih kurang 150 meter katanya.. Ketinggian lebih kurang 41meter daripada aras tanah *bukan aras laut*

 Setelah puas merentas hutan belantara, ini lah masa paling sesuai untuk berendam mahupun mengendap melepaskan lelah kat kolam air panas tuh.. Kalau dah pergi Hot Spring, gila ke apa tak nak berendam kat air panas tuh kan.. Takde guna la pergi Hot Spring camtuh.. Hahaha... 

       
Tiba-tiba boleh pulak ada lintah bagai kat kaki *TUT*
Teka la kaki sape.. Bhahahahaha...
Aktiviti kat Hot Spring nie berakhir disini sahaja, walaupun terdapat sedikit kecederaan (peristiwa digigit lintah tuh lah), namun overall, semua pun sangat happy... Puas siot!

 Okay lepas dah puas berendam  air mata kat kolam tuh, kami pun meneruskan perjalanan..
Berikut merupakan sedikit sebanyak gambaran kiri dan kanan sepanjang perjalanan di Ranau menuju ke Kundasang.

 Time nie berhenti sebab apa tak tau.. Hahahah...

 Sedikit tanah tinggi..

 Sepanjang perjalanan tuh ada la jugak penjaja jalanan.
Seronok gak tengok orang-orang berniaga tepi-tepi jalan kat sini.. 

 Kabus siot sepanjang perjalanan.
Ye la, dah la kawasan nie memang sejuk, pastu time nie pulak hujan..
Maunya tak berkabus kan.. So kalau nak drive pun kena berhati-hati..

 Terasa tenang bukan melihat kawasan tanah tinggi camnie.. 
Kalau asek tengok bangunan tinggi macam kat KL tuh, for sure bila sampai kundasang korang memang tak nak tutup mata lah tengok keadaan sekitar.. Syok gila..

 Farah tengah test jadi photographer berjaya..

 Tempat seterusnya yang menjadi destinasi lawatan kami adalah,
Desa Dairy Farm, Mesilau Highland, Kundasang.
Kalau nak feeling-feeling berada di New Zealand tuh, boleh lah datang sini.
Ye la, kalau tengok lembu yang melambak tengah padang tuh, mesti semua akan teringat New Zealand kan.
Hah, jangan tak tau. Malaysia pun ada our very own ladang ternakan lembu ala New Zealand tuh kot.
Tak caya mai la datang sini.
*Eceh, tetiba promo. Macam aku dapat komisen nie*

 Harga tiket masuk RM3 per person.

 Tuh, dah nampak lembu-lembu berterbangan bertebaran di kawasan tanah lapang nie..
Woohoo!

 Nie lembu dalam proses penceraian kot, so die depress sikit. Maka duduk la die sorang-sorang.
Bhahahahaha... 

 Pintu masuk ke kawasan pemerahan susu lembu..
Daripada sini lah boleh tengok lembu-lembu tuh mengeluarkan susunya yang lemak berkrim
*disukai ramai*
Tapi time kitorang sampai, bukanlah time proses pemicitan tetek pemerahan susu lembu dijalankan.
Proses pemerahan susu lembu hanya dilakukan dua kali sehari yakni,
pada pukul 8.30 pagi dan 3.00 petang katanya. 
*kalau tak silap*

 Ceh, gambar langsung tak menunjukkan seolah-olah berada di New Zealand pun.
*ada aku kisah*

 Tudia, PakLong..
backgorund tuh Gunung Kinabalu, tuh yang mahai tuh bila datang sini..
New Zealand ade?? hahahah...
*memang la takde, gunung kinabalu sah-sah ada kat sabah jer*

 Dan lagi..

 Tiba-tiba gambar spider *bukan spender ye*.
Soalan cepumas, apa beza spider kat Sabah dengan spider kat KL??

 Holy molly! Lawa sangat view kat sini. Rasa macam tak nak keluar jer dari Desa Dairy Farm nie.
Namun apa kan daya, masa kitorang terlalu terhad kat sini. So terpaksa bergerak ke tempat seterusnya.

Kami pun meneruskan perjalanan untuk pergi ke tempat yang lain pulak..
Sedih mengenangkan lembu-lembu yang tidak dapat ikut kami
*eh, tetiba*


Akan bersambung...

1 comment:

Zura said...

geli sial aku baca part anjing muntah, pastu mkn balik muntah dia... whaahahaahah !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails