Thursday, May 10, 2012

Travelogue: Borneo (Sabah-Sarawak-Brunei) Bahagian IV


Berikut merupakan aktiviti kami sepanjang hari ketiga berada di Borneo nie.. Diam tak diam, dah masuk hari ketiga. Walaupun setiap hari penuh dengan aktiviti, aku tak rasa sikit pun kepenatan. Lebih kepada kepuasan.. Hehe...

Awal pagi 28 januari tuh kami pun breakfast di kawasan penginapan, dah ada breakfast percuma kan. Apa lagi, gasak lah.. Makan puas-puas.. Hahaha.. Owh ya, sebelum terlupa. Gambar-gambar pada hari ketiga nie kebanyakkannya koleksi daripada Farah Diana. Pada hari ketiga nie ada kejadian yang tidak diingini. So, keinginan untuk menangkap gambar juga agak kurang, terpaksa mencari sumber lain untuk memenuhkan entry ini. Terima kasih daun keladi kepada Cik Paghah.. Hahaha...
  
 Inilah sedikit sebanyak permandangan di kala sunrise di Seaside Travelers Inn..

 Lagi permandangan.

 Sangat awesome

 Burung pun enak terbang di pagi hari

 Masa untuk breakfast

 Layankan jer la gambar-gambar nie. Tak larat nak ulas satu persatu.






Sempat jugak update twitter di kala sibuk bersarapan pagi.
Habis jer breakfast, sebenarnya kami semua sempat keluar kejap daripada Travelers Inn tuh untuk singgah bandar KK. Tapi takde aktiviti sangat. So, tiada gambar untuk ditunjukkan.. hahaha..

***

 Seterusnya, balik jer daripada bandar KK masing-masing terus bersiap dan menuju ke Putatan kembali untuk meraikan majlis perkahwinan Yin. Semalam majlis nikah, dan hari nie majlis persandingan beliau..
So, bergerak ke Putatannnnn...

 Sampai-sampai Putatan dah berpeluh nie ha. Padahal Kinarut dengan Putatan bukan la jauh mane pun.
Owh ya, sebelum terlupa. Hari nie lah kali pertama aku memegang stereng dan juga tampuk pemerintahan kumpulan jajahan Borneo. Sebab tuh peluh lebih sikit daripada biasa kot.. Hahaha...

 Signboard ke rumah Yin.

 Hah, semangat. Kat signboard pun bergambar gak.

 Sebaik tiba di kawasan rumah Yin, kami disambut oleh ibu Yin,
Puan Rubi

 Masuk-masuk rumah orang terus menuju ke pelamin dan posing.
Haish.

 Dahtu, lepas posing-posing terus pergi makan laktu. Tak tahan.
Time nie Yin belum bersiap. So, die suruh kami jamah makanan dulu.
Hehehe...

 Hidangan di majlis perkahwinan tersebut.

 Okay, now pengantin dah ready. Boleh ah ambek gambar bersama. Actually banyak lagi gambar-gambar bersama pengantin. Tapi kalau letak semua, memang penuh gambar pengantin je la.. So, aku letak mana yang aku rasa cambest jer ye.. Hahaha...

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, sempat bergambar bersama ibu mertua tak jadi ibu Yin.
Tak lama pun kami kat majlis nie, tak sempat tengok dia bersanding pun sebab kami semua mengejar masa.
Terpaksa bergegas meninggalkan majlis untuk terus menuju ke Brunei bebeh!
Takut imigresen tutup kalau sampai lambat sangat kat Brunei tuh.
Untuk pengetahuan, imigresen Brunei tutup pukul 10 Malam, kalau terlepas waktu tuh memang la nahas.

***



Habis jer attend wedding Yin, maka pengembaraan kami di Borneo pun bermula.
Berikut merupakan sedikit sebanyak gambar sepanjang perjalanan kami merentas
Sabah-Sarawak-Brunei
 Perjalanan yang memakan masa lebih kurang lapan jam untuk sampai ke Bandar Seri Begawan, Brunei.
 Perjalanan menuju ke kawasan Papar, Sabah.

Lalu atas railway kot. Niceee.

 Dewan Masyarakat Papar.
Bukti kami melalui Papar untuk ke Brunei. Hahaha...

 Seterusnya, hah dah nampak signboard ke Beufort.
Woohoo!

Sculpture apa ntah nie.

Sebelum sampai Beaufort, akan sampai di Bongawan dulu.
Bukti, Balai Polis Bongawan.

 Permandangan sekitar perjalanan. Waktu nie, langit masih cerah.

Nampak signboard ke Pekan Membakut.

 Nampak Tokong ketika perjalanan kami. Nama tokong tidak dikenal pasti.


Akhirnya...
Kami tiba die Beaufort. Selamat Datang ke Beaufort katanya.

 Berhenti jap kat kawasan Petronas. Minum nescafe sikit bagi hilang mengantuk.

 Meneruskan perjalanan kami. Time nie, langit pun mula la mendung semacam.
Memang gelap gila. Sudah mengagak hujan akan turun dengan lebat.. 

 Mendung-mendung pun, masih nice okay permandangan kat sini..

 Tiba di kawasan pekan berdekatan. Sebelum meneruskan perjalanan. Hah, nampak tak signboard kat belakang tuh. Sindumin dan Lawas. Itulah destinasi yang harus dituju untuk sampai ke Brunei.

 Semakin gelap. huhu..
Aku nie risau sikit drive time hujan, mata bukan nampak clear sangat time-time hujan. Namun, demi misi merentas Borneo nie, aku tetap meneruskan perjuangan. Eceh.

 Farah sempat posing keluarkan muncung ke luar van. Tak tau apa motif sebenar tindakan beliau.
Hahaha.
*Matila, gambar sebegini yang ditunjukkan dalam blog*

 Okay, gambar-gambar seterusnya setelah kami memasuki kawasan Lawas, Sarawak.


 Serius kawasan nie memang cantik.

 Walaupun aku tengah drive, sempat jugak menjeling-menjeling ku bertentang keluar tingkap untuk menikmati keindahan alam.
 Super nice..
Layan jer la gambar-gambar seterusnya.







Akhirnya, SAB 9167 D nie berhenti juga di stesen minyak.

 Bukti, kami berada di Lawas, Sarawak.
Stesen Minyak Petronas Jalan Gaya, Lawas

 Walaupun penat, masih kena meneruskan perjalanan. Perjalanan masih jauh weyh!

 Bila berada di kawasan tanah tinggi, dapat la tengok keseluruhan jalan raya yang kami lalui.

 Akhirnya tiba di kawasan imigresen. Tak silap aku, nie kawasan imigresen Merapok.

 Sampai-sampai imigresen nie, berhenti kejap. Hati tak sedap, sebab dengar bunyi tayar yang tidak keruan.
tayar van kelihatan seperti disiat-siat terpotong sikit. Aku pun tak tau camne nak menterjemah dalam penulisan. Anggap jer la tayar van tuh problem.

 Keadaan van kami. Gila huduh kelihatan diselaputi kotoran.

 Abun sedang menyetelkan hal passport kami.
Hah, dah la duit PTPTN pun kadang-kadang bayar kekadang tak. Nasib baik lepas.
Bhahahahaha...

 Okay, seterusnya memasuki Imigresen Labu, Temburong, Brunei pulak. Ada jammed sikit kawasan nie. Sebab memang banyak gila kereta nak keluar masuk time kami sampai sini. Apa yang boleh dilakukan??
Bersabar jer la.

 Berhenti tengah-tengah donia.

 Kena submit borang berkenaan kenderaan yang dibawa masuk. Since kami sewa kereta dari KK. Maka, inilah procedure yang terpaksa ditempuhi.

 Bukti bergambar bahawasanya kami telah memasuki kawasan Brunei Darussalam.

 Banyak lagi imigresen yang terpaksa dilalui. Kiranya kalau nak masuk Brunei sampai Bandar Seri begawan tuh, memang inilah imigresen yang harus dilalui.

Sindumin (Sabah)
|
Merapok (Sarawak)
|
Mengkalap (Sarawak)
|
Labu (Brunei)
|
Puni (Brunei)
|
Pandaruan (Sarawak)
|
Tedungan (Sarawak)
|
Kuala Lurah (Brunei)
*Maaf kalau tersilap, kalau ada siapa-siapa yang tahu turutan sebenar sila tinggalkan komen*

Hah, nie time bosan menunggu Feri nak menyeberangi sungai.
Aku rasa kalau tempat nie buat jambatan pun boleh, tapi entah apa sebab gigih nak guna perkhidmatan feri tuh ntah. Sungai tuh bukan la besar mane pun, kalau naik feri tuh, setakat 38 (Ye, 38) saat jer dah merentas sungai nie kau tau!
Tapi disebabkan beratur menunggu giliran untuk naik feri tuh, tak pasal-pasal membazir satu jam setengah masa kami!
*eleh, kau dah tau ambaik masa berjam untuk naik feri tuh yang kau gatal nak pergi Brunei melalui jalan darat kenapa. Nah rasakan!*

 Sabar dan terus bersabar menunggu giliran van kami..

 Sabar jer la, apa lagi yang mampu dilakukan di kala menunggu waktu ini??

 Owh, sambil menunggu naik feri sempat juga pose-pose dalam van. Hahah..
Pose I : Pose korek hidung kononnya. LOL

 Pose II: Menjelir lidah yang tak seberapa panjang itu!

 Akhirnya, setelah berada lebih kurang lapan jam (ye, 8 jam) dalam van, baru lah kami tiba di 
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam..
Woohoo!
Sampai sini jer, semua pun pakat lapaq nak mampuih.

 Semua muka kelaparan!

 Nie pose terkulai layu dek penangan food poisoning.
Owh yeah. Time nie aku masih lagi gagah sebab food poisoning belum kicked in.
Tapi lepas makan kat sini perut terus memulas yang teramat sangat!

 Juga muka letih dan tak larat.


 Lepak dekat KL makan Nasi Goreng Pattaya. Sampai Ranau makan Nasi Goreng Pattaya.
Dah masuk Brunei pun tetap order Nasi Goreng Pattaya.
Huk Aloh.

 Pecel Ayam.

 Nasi dan sup. Pengubat food poisoning la konon.

 Aku order pecel lele. Terkejut beruk jap.
Lele sampai dua ketul. Selalu makan satu pun tak abes, kat Brunei dua ekor skaligus.
Harga lima orang punya makan dan minum,
~ 12 BD bersamaam lebih kurang RM29

 Setelah perut masing-masing telah diisi dengan sepenuh-penuhnya, kami meneruskan perjalanan mencari destinasi penginapan kami iaitu,
Kompleks Belia.
Oleh kerana waktu kami sampai pun dah lewat gila, kira-kira pukul 12 tengah malam, maka tempat penginapan di kompleks belia tuh pun dah tutup. Orang yang menjaga kaunter pun dah balik rumah agaknya.
Katanya kaunter hanya dibuka sehingga pukul 10 malam.
Masalah besar mula dirasai, tatkala jam sudah menunjukkan detik tengah malam. Mana pulak tempat tinggal nak cari nie kalau dah last minute.

Time nie dah la semua orang pun kepenatan. Kepala otak pun dah ting tong masing-masing. Tak tau kat mana dah nak cari tempat bermalam. Sudahnya, kami pusing-pusing dalam area kompleks belia tuh jer.
Nasib kitorang agak baik la, akhirnya kami bertemu dengan pengawal keselamatan yang menjaga kompleks nie. Kemudian, Pak Cik tersebut dengan baik hatinya telah memberikan kami ruang untuk tidur sementara menunggu subuh hari.

 Masing-masing mula mengangkat bag untuk menuju ke tempat penginapan.

 Semua pun terpaksa lah pasrah.

 Hah, inilah tempat tinggal sementara yang diberikan pak cik tuh. Surau kompleks belia tuh. Boleh??
Okay lah, janji ada tempat tidur dan ada toilet untuk membuang. Daripada merempat tepi jalan sampai tak tau nak tidur kat mana kan.

 Semua pun bergelimpangan memenuhi ruang segenap surau.

 Redha mencari tempat tidur.

 Muka pasrah dan sempat pose dalam surau.

Begitulah adventure-nya hari ketiga kami berada di Borneo. Tak semua orang dapat pengalaman seperti kami. Walaupun tak dapat tempat tidur yang lebih selesa, namun pengalaman tidur dalam surau di Brunei nie lebih berharga okay. Boleh cerita kat anak cucu cicit nanti. Bhahahaha... 

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengawal keselamatan tersebut yang memberikan kami tempat berteduh di kala kami amat-amat memerlukan. Terima kasih daun keladi, next time kami datang boleh la tinggal secara free lagi.. Hehehe.. *muka tak tau malu*

Akan bersambung...






1 comment:

fara-D said...

pengalaman travel on the road ke Brunei dan at least bertenggek kat Surau adalah paling PRECIOUS okeh! oh man! membuak rasa nak berblog pasal trip ni jugak! fuh!!

~makcik cleaner BB of Team Mengejar Awan~ ahaks! ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails