Sunday, May 29, 2011

TV Series Zaman Sekolah

Sebelum nie punya lah payah nak keluar 1 entry pun,
tapi sekarang nie bukan main semangat lagi menaip..
Ada cerita sikit buat entry,
orang suruh buat entry terus buat..
Takda lah nak menunggu idea mencurah-curah daripada langit turun,
baru nak keluar satu entry..
lol

Aku berasa terpanggil untuk buat entry nie lepas baca entry Azam Zainal Abidin..
Berkisar tentang TV series yang dulu-dulu duk menggila tengok dari mula sampai habis..
Nak baca entry tuh, klik kat sini..

Kalu ikutkan dulu, sebelum aku kenal budak-budak satu kelas aku nie,
mana la aku tengok TV series America nie..
Series yang aku layan dulu, sah-sah la tahap mak cik-mak cik felda dan PPRT orang yang tak berapa nak urban tengok macam Gerak Khas, Senario la..
(saja bagi tulisan kecik, konon orang tak boleh nak baca)
Dulu apa yang mak pak aku layan, terpaksa la layan jugak..
Dah TV pun seketui, apa yang dibukak itu lah yang aku tengok..
Kang melawan nak tengok cerita lain, jatuh hukum derhaka kang..
Tak mau-tak mau, jalan menuju ke neraka.. (Bak kata lecturer Anuar)
So
redha je la time tuh..

Kalau bercerita pasal Gerak Khas tuh,
boleh dikatakan la, tiap-tiap minggu la dialog yang sama jer berulang..
Tuh yang bosan tengok cerita melayu nie..
Macam dah tak de idea lain, balik-balik,

"Ya tuan, kami akan bertindak sekarang"

"Tangkapan telah dilakukan tuan"

"Angkat tangan, kamu telah di kepung"

Itu je la dialog dia tiap-tiap minggu..
Okay enough pasal cerita melayu,
aku sambung balik pasal TV series America..
Hahaha..

Kau tau,
series-series yang aku tengok kat TV 2 nie dulu la yang bagi aku semangat tiap kali aku bangun pagi tau..
Setiap pagi, celik jer bijik mata,
Wah, hari nie hari isnin, malam nie boleh layan Dawson's Creek..
Wah, hari nie hari selasa, malam nie boleh layan Roswell..
Wah, hari nie hari rabu, malam nie boleh layan Neverending story..
Wah, hari nie hari khamis, malam nie boleh layan Popular
..
Wah, hari nie hari jumaat, malam nie boleh layan Mythquest..
(macam tuh la lebih kurang schedule untuk TV series kat tv 2 dulu-dulu.. Aku pun dah tak ingat sangat)..
Best kot cerita-cerita yang ada dulu kat tv 2..
Tapi sekarang, makin hampeh jer..
Aku pun tak paham, padahal dulu tv kerajaan tuh dah setaraf tv swasta kot..
Tiba-tiba jer semakin bosan bila aku meningkat dewasa..

Okay, marilah aku tepek serba sedikit gambar TV series yang aku layan dulu-dulu..

Dawson's Creek

Sumber: http://www.amazon.com/Songs-Dawsons-Creek-ENHANCED-CD/dp/B00000IMY8

Hati siapa la tak terusik tatkala menonton lakonan Katie Holmes yang cute dalam cerita Dawson's Creek nie.. Walaupun cerita nie ditayangkan tengah-tengah malam buta, aku tetap setia menunggu cerita nie sampai abes. Scene yang disukai, Joey Potter menyelinap masuk bilik Dawson melalui tingkap.. Sangat epic!! Jangan tak tau, aku punye minat dengan Joey Potter nie, sampai sanggup beli novel Dawson's Creek kot.. Walaupun dalam novel bukan ada gambar die pun, sekadar gambar kat muka depan.. LOL.. Antara Quote best yang terdapat dalam novel nie, 'It's the end of something simple. And the beginning of everything else'


Roswell

Sumber: http://connect.in.com/roswell/photos-1-1-1-4451db4786d9cecbb68d585ab2d37f54.html

Cerita mengenai adik beradik alien (Max dan Isabel) yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh emak dan bapak angkat mereka yakni sepasang manusia. Part best, mesti ah setiap kali keempat-empat watak alien tuh (ada dua lagi member dorang Michael dan Tess.. Selalu alien rupa macam makhluk ntah hape-hape kan, tapi dalam cerita nie alien menyerupai manusia..) menggunakan super power mereka.. Salah satu power yang tidak mungkin dilupakan, Max boleh sembuhkan orang injured dengan sekelip mata.. (bapak senang, tak yah doktor-doktor bagai)... Okay, Nadiah still insist nak nama dia diselitkan bila bercerita pasal cerita Roswell.. Beliau merupakan peminat tegar cerita Roswell, siap beli novel Roswell lagi (macam aku duk beli novel Dawson's tuh la)..


The Neverending Story

Sumber: http://lesserkey.blogspot.com/2011/05/neverending-story.html

Kisah mengenai seorang budak lelaki yang curik buku The Neverending Story dari seorang tokeh kedai buku berpangkat pak cik tua yang amat. Kemudian bila dia start membaca, diri dia menjadi sebahagian daripada cerita yang dibaca tuh.. So start la pengembaraan dia.. (Eh, kejap.. Tuh cerita TV series nie ke atau cerita movie Neverending Story?? Aku pun tak ingat.. Haha)


Popular

Sumber: http://vaughaneoffs.blogspot.com/2011/05/most-popular-girl-in.html

Cerita yang ditunggu-tunggu saban minggu.. Karakter yang paling tidak mungkin dilupakan dalam cerita nie sah-sah la Merry Cherry.. Watak dia yang ala-ala bodoh kurang cerdik dan gila-gila nie amat menjadi.. Sampai sekarang, takde lagi la watak dalam mana-mana series lain yang mampu meninggalkan kesan mendalam macam watak Merry Cherry nie.. Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan korang jugak, sebelum Wentworth Miller meletup dengan watak sebagai Michael Scofield, dia pun berlakon dalam cerita nie. Paling tak boleh blah, watak dia dalam cerita nie adalah sebagai seorang ahli Glamazon, cheerleader untuk Kennedy High School.. Hahaha...


Mythquest

Sumber: http://sharetv.org/shows/mythquest_ca

Kisah adik-beradik yang memasuki dunia lain dengan bantuan teknologi ciptaan ayah mereka.. Pengembaraan mereka ke dunia-dunia yang berbeza setiap episod tuh bertujuan mencari ayah mereka.. Si kakak nie paralysed dari pinggang hingga kaki.. Tapi bila dia masuk dunia lain tuh, kaki dia boleh berfungsi macam manusia normal balik.. So dia agak excited bila masuk ke dalam dunia lain tuh...


Felicity

Sumber: http://andersonconfessions.blogspot.com/2011_04_01_archive.html

Kisah pasal Felicity yang memilih untuk melanjutkan pelajaran dekat kolej yang sama dengan mamat yang dia minat hanya disebabkan penulisan mamat tuh kat belakang high school yearbooks dia.. Punya la gila sampai sanggup memperjudi masa depan macam tuh kan.. Bila dah masuk kolej yang sama, rupanya mamat tuh memang tak menaruh hati pun kat dia.. Ceh, sia-sia masuk kolej yang sama kan.. Tapi at last, mamat tuh couple jugak dengan Felicity nie..

Selain TV 2, NTV7 pun ada jugak tayangkan series dan comedy yang aku layan.. Antaranya adalah:

Malcolm in the Middle

Sumber: http://www.impawards.com/tv/malcolm_in_the_middle_ver2.html


Friends

Sumber: http://hotchocshera.blogspot.com/2011_01_24_archive.html


Charmed


Sumber: http://aboutnicigirl.blogspot.com/2011/02/charmed-pictures.html

Tapi, TV show yang aku follow dan amat jarang aku ter-miss dari sekolah dulu sampai sekarang adalah:

The Amazing Race

Sumber: http://www.firehow.com/20090304440/how-to-get-on-amazing-race.html

Saturday, May 28, 2011

Lagi atas permintaan

Entry atas permintaan juga..
Nasib baik mempunyai memori kelakar yang mampu diceritakan wahai, Nadiah Abdah..
Kejadian yang berlaku kira-kira 2 tahun yang lalu kalau tak silap aku..
Waktu tuh, time mula-mula grad..
Kehidupan pun macam terumbang ambing ke hulu ke hilir mencari kerja..
(Macam la sekarang tak kan, buat aku masih sama jer.. Tapi Nadiah, semakin berjaya bersama kerjaya beliau kini sebagai pendidik anak bangsa.. Syabas...)

Watak dan perwatakan
1) Aku, mangsa pujuk rayu Nadiah
2) Nadiah Abdah, orang yang begitu komited nak datang interview
3) Khasmidatul Akma, watak sampingan

Lebih kurang 2 tahun lepas, aku, Nadiah dan Khasmidatul Akma dapat la offer dari sebuah kolej yang terletak di Seremban... Macam biasa lah, sebelum dapat kerja mestilah ada interview kan.. Tapi, Khasmi nie awal-awal lagi dah surrender, tak nak pergi interview katanya.. Alasan, parents dia kata jauh.. Yelah, malas agaknya nak buang masa kalau pergi dan dapat offer tuh, mungkin mentah-mentah akan menolak sebab tak nak berjauhan daripada keluarga tercinta di Pulapol, Jalan Semarak tuh.. Maka, tinggal lah kami berdua time tuh.. Aku kalau ikutkan hati time tuh, memang macam nak join Khasmi jer.. Malas nak pergi interview, tapi atas desakan pujuk rayu Nadiah nie (kawan since sekolah rendah la katakan), maka bersetuju je la nak datang interview tuh temankan dia...

Pada hari kejadian, dua-dua pun mungkin agak excited lah kot.. Yang aku, baru kali kedua rasanya nak datang interview nie... Nadiah aku tak sure ah pulak, cuma time nie punya lah semangat kan dua-dua pun bersetuju nak gerak Seremban tuh awal supaya dapat cari kedudukan kolej nie dan takde ah terlewat untuk datang interview nanti... Dan tanpa memerlukan teknologi canggih Garmin mahupun Blackberry time tuh, kitorang berjaya sampai ke Kolej Negeri Chedang Campus awal gila kot... Interview kitorang time tuh pukul 2, tapi kitorang dah sampai depan kolej tuh lebih kurang pukul 11 lebih... Boleh mati kutu kot kalau nak tunggu sampai pukul 2 dalam kereta kan.. So, apa lagi.. Aku pun ajak la berjalan-jalan sementara nak menunggu masa interview tuh...

Tempat yang paling dekat untuk berhibur kat area tue adalah Jusco Seremban 2... Sebelum sampai dekat kolej tuh, rasanya kitorang ada nampak kot Jusco tuh tepi jalan.. So, dah tau jugak la kedudukan Jusco tuh.. Takda lah tercari-cari sangat pun.. Sampai jer Jusco, mula lah aktiviti pusing-pusing Jusco sampai pening.. Dah tak tau nak buat apa dah.. Ye la, kau ingat senang nak tunggu dari pukul 11 lebih sampai pukul 2 petang tanpa buat apa-apa.. Then, aku pun mendapat idea bernas.. Since dekat Jusco tuh ada TGV, aku pun ajak la Nadiah tengok-tengok tayangan movie apa yang available time tuh.. Memang la kitorang langkah kanan, ada pulak tayangan movie 2012.. Time tuh pulak, aku memang belum tengok lagi 2012.. So, tengok jam time tuh konon sempat la kalau nak menonton movie nie dulu...


Image by : http://www.shockya.com

Okay, part nie yang paling tak boleh blah.. Lepas beli tiket, tak lama lepas tuh terus start tayangan.. Kitorang pun masuk dalam cinema ah macam biasa, tapi bila tengok balik tempat duduk kitorang tuh macam jauh kebelakang jer.. Padahal seat-seat yang depan tuh kosong kot, tapi diorang tak jual pun tiket tempat duduk yang depan-depan.. Untuk pengetahuan, aku nie kalau tengok movie memang suka duduk depan-depan sikit, so bila tengok movie tuh takda lah duduk tegak jer.. At least boleh ah mendapat posisi agak kebaringan (wah, tiba-tiba rindu gila pulak nak pergi tengok movie kat cinema.. huhu..). Okay, sambung balik part seat kosong tadi, dah aku tengok seat depan-depan tuh takdak orang so aku tinggalkan jer Nadiah tadi duduk sorang-sorang kat seat belakang (gila tak gentlemen kan, tinggalkan gadis seorang diri), aku terus duduk seat depan.. Buat macam TGV tuh macam bapak aku punya kan.. Hahaha...

Dan aku rasa, Nadiah pun taktau kot apa yang berlaku seterusnya dekat aku.. Sepanjang tayangan movie tuh, sebenarnya bukan aku tengok sangat pun.. Sebab aku dah tertidur.. Aku rasa time tuh, memang paling nikmat lah dapat tidur dalam panggung, al-maklum bukan senang nak dapat tempat untuk tidur dengan didodoikan oleh bunyi sound efek yang menggila babi kuatnya.. Tambah-tambah pulak dengan tiupan angin sejuk daripada air cond TGV tuh, perghhhhh... Memang tak membazir la aku rasa walaupun tertidur time menonton tuh.. Haha.. Aku tengah duk sedap melayan tidur, tiba-tiba handphone aku bunyi.. Text daripada Nadiah,

"Aku rasa kita dah lambat nie, jom ah gerak"
(lebih kurang macam tuh la text dia)

Potong betul, aku tengah duk sedap tidur kot.. Movie pun tak habis lagi kot, baru separuh jalan.. Tapi nak taknak, kena la jugak bangun dan terus kitorang keluar daripada TGV tuh, dah lambat katanya.. Time nak blah dari Jusco tuh pulak, kena la bayar parking tiket kan.. Duit kecik la masing-masing takdak.. Sudahnya, duit yang memang aku simpan sebagai koleksi peribadi menjadi mangsa... Duit tuh ada nombor siri yang ong ah (kata orang cina).. Tuh yang aku tak sanggup nak guna, tapi dah lambat punya pasal, bayar jugak la (T_T).. Pastu terus menuju ke kolej tuh balik.. Sampai balik kolej tuh, tak lambat pun memang just nice ah dekat-dekat pukul 2.. Time tuh, memang jumpa la a few people yang lain datang untuk interview tuh jugak.. Aku tengok, semua pun yang datang macam dah tua-tua gak la, aku dengan Nadiah jer budak hingusan kat situ.. Pastuh, bajet nak jadi lecturer kan.. Tak kisah la, aku datang pun sebab temankan orang jer, bukan nak sangat time tuh jadik lecturer.. Owh ya, sebelum interview tuh start, Nadiah nie membebel kat aku sebab rambut aku serabai nak mampos gila.. Pastuh dia suruh pegi basah kan la, kemas kan sikit la.. Aku buat jer, malas nak cakap banyak.. Lepas tuh, tengok candidates lain yang datang terutama sekali yang lelaki ah, memang smart ah semua.. Siap ber-tie bagai.. Aku jer sekadar pakai baju kemeja lengan panjang.. Memang la takdak ciri-ciri seorang lecturer kan..

Start je interview pukul 2 tuh, Nadiah nie merupakan orang pertama yang dipanggil dan kebetulan aku merupakan orang kedua.. So, aku disuruh standby duduk kat luar bilik interview tuh la.. Lebih kurang 10 minit macam tuh, Nadiah pun keluar.. Aku tengok dia okay jer.. Takdak la berpeluh melampau ke, nampak nervous breakdown ke, memang relaks je la katanya.. Bukan interview sangat pun, tanya sikit-sikit jer pun katanya.. Aku pun relaks je la.. Pastuh, aku lak disuruh masuk, dan bermula lah kisah aku di-brainwash dalam bilik tuh... Haha.. Kalau Nadiah setakat, 10 minit dalam bilik tuh, aku lak rasanya dekat 40-45 minit jugak la dalam bilik tuh.. Keluar jer daripada bilik tuh, semua orang yang kat luar tuh ingat aku kena mock teaching dalam bilik tuh (yela, kata mintak nak jadik lecturer kan, so kena la ada ciri-ciri lecturer yang mampu mengajar kan). Padahal, aku dalam bilik tuh kena tegur daripada hujung rambut sampai hujung kaki.. Siap kena dengar lagi free lecture daripada PEMILIK KOLEJ tuh sendiri. Hah, semua pun ingat orang yang interview diorang tuh sekadar kakitangan Kolej Negeri, tapi sebenarnya bukan.. Interviewer tuh sendiri yang reveal diri dia kat aku okay, katanya former owner tuh, Dato' something (aku tak ingat nama dato' yang disebut) telah memberikan keseluruhan pengurusan dan pemilikan kolej tuh kat dia (time tuh dalam kepala otak aku, 'interviewer nie perempuan simpanan dato' tuh ke ape??').. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk je la lepas tau kedudukan sebenar interviewer tuh.. 1st impression yang sangat buruk aku dah bagi dekat current owner kolej tuh (T_T).. So, memang tak dak can la nak dapat kerja kat situ.. Haha..

Tapi, aku mampu berbangga jugak la sekarang nie.. Masa dalam interview tuh pemilik kolej tuh ada tanya minat aku ke arah mana semua.. Aku jawab la photography. Then, terus dia tanya ada kamera la nie, bla.. bla.. bla.. Tapi time tuh aku takdak kamera pun, dan dengan jujur aku jawab takdak lagi.. Tengah kumpul duit.. Part tuh pun aku kena bambu dengan dia jugak..

"Macam mana awak minat photography nie tapi takdak kamera??"

Hah, bertitik tolak daripada situ la aku memang dah nekad, nak taknak, aku MESTI akan memiliki kamera DSLR jugak suatu hari nanti.. Dan alhamdulillah, beberapa bulan kemudian memang aku berjaya mendapatkan DSLR aku yang pertama.. Dan sehingga kini, aku masih lagi belajar untuk menjadi seorang photographer yang bagus.. Hopefully cita-cita tuh akan tercapai jugak suatu hari nanti.. Doakan aku ye (terutama sekali kamu cik Nadiah, you owe me one.. Haha.. I'm joking)

Friday, May 27, 2011

Entah

Last week, lepas attend wedding member dekat KL,
sempat la jugak mengambil sedikit masa untuk hang out kat 1 Utama.
Bukan cerita pasal 1 Utama yang menyebabkan aku post nie,
tapi kisah mengenai seorang rakan, Azree Yahya (ambik kau, aku siap boldkan lagi nama kau!) yang telah mengemukakan soalan KBKK sewaktu dalam kereta.

Watak dan perwatakan:

1. Azree Yahya, orang yang tiba-tibe mengemukakan soalan
2. Anuar Ridzuan, orang yang counter attack balik soalan Azree
3. Aku, selaku driver yang kusyuk memandu
4. Syamin Yusof, watak sampingan

Plot bermula apabila Azree Yahya dengan tidak semena-mena memecah kesunyian kereta dengan bertanya soalan kepada Anuar Ridzuan (conversation tuh lebih kurang macam nie la, aku pun tak ingat exact ayat yang digunakan time tuh),

"Anuar, kau rasa kau mampu ke dapat gaji sampai seploh ribu, lima belas ribu, doploh ribu sebulan??"

Tiba-tiba aku menyampuk,

"Boleh jer Azree, hasil yang kau dapat tuh kan selalunya based on usaha yang kau buat. So kalau ko berusaha, boleh jer dapat seploh ribu tuh"

Pastu, Syamin mencelah,

"Hah, dengar tuh Azree"

Lepas beberapa minit berlalu, barulah Anuar bukak mulut,

"Hah, jom kita buat sesi kaunseling..."

Sesi kaunseling start dengan Anuar counter attack soalan Azree,

"Kenapa kau rasa kau layak dapat gaji seploh ribu weyh?? Apa ciri-ciri yang kau ada?? Ce cite.. Ce cite... (tapi aku rasa part ce cite.. ce cite tuh aku yang cakap rasanya)"

Then, Azree persoalkan,

"Kenapa seploh ribu jer weyh.. Kenapa bukan lima belas atau doploh ribu ker??"
(ambitious giler, start-start nak terus dapat lima belas ribu sebulan kan...)

Jawab Anuar,

"Ye la, start dengan seploh ribu la dulu sebulan"

Baru Azree bagi jawapan,

"Sebab aku ade talent (ye ke azree cakap die ade talent weyh??), aku creative..."

Okay, agak meyakinkan la jugak jawapan yang diberikan oleh Azree sebenarnya.. At least, dia takde lah teragak-agak nak jawap soalan tuh kan... Macam sesetengah orang, selalu jer komplain pasal itu la, ini la... Tapi bila kita counter attack dengan soalan berkaitan benda yang dikomplain tuh, macam-macam la alasan yang diberikan... Dalam kes nie, sila sentiasa berasa confident dengan diri sendiri sepertimana Azree Yahya confident dengan jawapan yang diberikan.. Walaupun jawapan tuh agak cliché untuk sesuatu yang berharga seploh ribu sebulan...

Hurmmmm, apa tujuan sebenar aku cerita nie pun aku tak tau, sebab time tuh memang ah dalam kepala aku memang boleh jadik entry nie (konon).. Tapi bila dah start menaip, muncul lak soalan, APE KEJADAHNYA AKU BUAT ENTRY PASAL BENDA ALAH NIE... SEDANGKAN TAKDE APA YANG MENARIK PUN SEBENARNYA DENGAN JAWAPAN AZREE TUH... KANNN...

Tanpa tajuk

Kelakar melihat aksi dan gelagat orang sekeliling,
sebuk menyalak pada perkara sebesar kuman,
sedangkan benda yang terang-terangan salah sebesar gajah sekalipun,
tak pulak diendahkan...
Hahaha..
Manusia, manusia...

Tuesday, May 17, 2011

...There's a certain je ne sais quoi about Penang...

Selalu tulisan yang melampau-lampau banyaknya sehingga nak muntah rasa time menaip. So, entry kali nie memaparkan lebih banyak gambar untuk santapan mata dan minda.

Aktiviti: Trip ke Penang
Tarikh: 13-15 Mei 2011
Tujuan utama: Mengambil adik Arel yang baru menghabiskan pengajian
Tujuan sampingan: Berlibur

Tapi hakikatnya, tujuan utama hanya memerlukan masa lebih kurang 1 jam jer dan tujuan sampingan tersebut pulak mengambil 98.785% masa sepanjang berada di Pulau Mutiara (eceh, sempat lagi menggunakan nama lain bagi Penang untuk tak nampak berulang kan.. Bajet tulis karangan untuk SPM). Kata mau kurangkan tulisan dan lebihkan gambar, tapi tulisan tetap banyak dan gambar satu pun belum masuk..

Perjalanan dimulakan lebih kurang pukul 12.45 tengah malam dari Kompleks Kediaman Mewah Taman Datuk Harun (aku kurang pasti nama taman perumahan tuh, jadi letak saja nama yang sedap dibaca) dan sampai di hentian R&R Juru lebih kurang pukul 4.45 pagi..

Pagi-pagi morning tuh, aktiviti pertama adalah melelapkan mata seketika sampai subuh dan lepas tuh terus bersiap menuju ke destinasi masing-masing... Aku dengan Arel bergerak ke UiTM Penang untuk menjemput adik dia.

Kemudian, bermulalah aktiviti liburan kami di Pulau Pinang!!


Inilah jambatan Pulau Pinang yang digembar-gembur sebagai jambatan terpanjang di PULAU PINANG (fakta bangang kurang cerdik daripada aku)

Owh, dah sedap-sedap masuk pasal Pulau Pinang aku lupa pulak pasal kanak-kanak yang menyertai rombongan cik kiah kali nie. Rombongan ini disertai oleh tujuh kanak-kanak liar yakni terdiri daripada 4 lelaki dan 3 wanita serta dua satria (bukan kesatria yang pakai cawat duk pegang shield dgn pedang tuh)


Tudia, macam-macam gaya daripada sang arjuna. Gambar diri sendiri tidak dipaparkan kerana tak sempat gunting rambut lagi time nie. So, sangat serabai. Maka, aku ambik keputusan tak nak letak gambar sendiri. haha.. Owh ya, daripada kiri Khairul selaku driver tetap team satria neo, Arel selaku ketua program dan Adik Arel, Firdaus


Para gadis, semua pun control ayu.. Padahal kat meja makan, macam-macam perkara kurang sopan yang keluar daripada diri mereka terutama sekali apabila bercerita mengenai jiran mereka yang berpangkat mak cik (owh, serius.. aku masih nak gelak bila teringat cerita pasal mak cik karipap nie). Daripada kiri, As-sudah (aku rase macam nie la kot ejaan nama die), Ain (orang yang start bukak cerita pasal mak cik tuh) dan Erna Elyana Emrizal Amelia (edited, setelah teringat nama beliau.. ;P)

Tempat pertama yang dilawati...

Sampai jer kat kepulauan Penang, terus hujan rahmat turun. Sedikit sebanyak terbantut la aktiviti jalan-jalan nie. huhuh... Tapi perjalanan tetap diteruskan dengan mencari tempat makan dan destinasi yang menjadi tumpuan adalah Nasi Kandar Line Clear. Tak tau la sedap ke tak nasi kandar die, sebab sepanjang berada kat Penang memang aku tak makan nasi kandar pun. Tapi cendol kat kedai nie, memang fail... Harap maklum...

Belum sempat kitorang semua menikmati keindahan Pulau Pinang nie, berlaku lah pulak kejadian yang tidak diingini I...

Tayar kereta Arel tertusuk skru... Nampak tuh dalam bulatan merah tuh...


Lepas tuh, datang la penyelamat kitorang dengan menaiki ini.. Ironi kan? Tapi kejadian tuh tak mematahkan semngat kitorang untuk bersuka ria...

Seterusnya gerak Taman Belia (???), tengok gambar sudah...







Next, Batu Ferringhi...





Next, Check in hotel... Duk kat Cathay Hotel... Tuh pun puas duk pusing-pusing town cari hotel yang murah... Since, kitorang punye trip nie bukan dirancang, so memang xdak reservation hotel dari mula lagi... Apa hotel ada depan mata, sebat je la... Janji murah... hahah

Siap ada tulisan cina lagi kat signboard hotel

Malam tuh, aktiviti seterusnya adalah makan-makan di Padang Kota Lama...


Dan berlakulah kejadian yang tidak diingini II

Sotong bakar yang berharga RM10 mampu dimakan oleh 3 orang kata pak cik yang jual tuh!!!... Kalau macam nie la rupanya, bukan setakat 3 orang, 10 orang pun boleh makan... Cuma persoalannya, kenyang ke kau makan setakat sotong yang entah berape keping nie je???

The very next day,
terus check out hotel dan menuju ke Bukit Bedera...
Sebelum sampai ke Bukit Bendera, berlaku lah kejadian yang tidak diingini III...

Kalut sangat nak check out hotel, last-last handphone turut serta ditinggalkan di hotel... Bila cari tak jumpa, mula menggelabah selongkar satu kereta... hahaha... Kemudian, team satria neo terpaksa berpatah balik ke hotel untuk menuntut handphone terbabit... Kami team bukan satria neo, dengan hati gembira pergi breakfast dulu kat area Masjid Dato Keramat (Bukan Kampung Datuk Keramat dekat KL tuh... Gigih la semata-mata nak breakfast balik KL kan).

Then, teruskan pengembaraan...







Abes melawat Bukit Bendera, terus tinggalkan Kepulauan Penang..
Serius tak puas duk kat situ setakat sehari setengah...
Kemudian, balik ke seberang dengan menaiki feri...




Sampai jeti, masa bershopping pulak..
Abes budak-budak nie borong jeruk yang ada kat jeti tuh...
Kiranya, boleh la mak cik tuh tutup kedai die lepas kitorang shopping jeruk kat situ...
Hahahah...



Lepas shopping kembali bergerak ke UiTM untuk angkut barang-barang adik Arel... Time ambik adik die tak angkut barang sekali.. Berat kete gamaknye nak jalan di sekitar Kepulauan Penang sambil membawa beban-beban tuh...

At last,
baru nak makan tengah hari makanan yang sedap... Tak silap aku kitorang makan time tuh dalam pukul 6 petang... Semua pun simpan perut nak makan mee udang kat Sungai Dua... Thats why memasing skip lunch... Aku jer lain daripada yang lain, makan Chicken Chop... Entah ape-ape ntah, datang Penang makan Chicken Chop.. Padahal Chicken Chop kat KL melambak kot.. hahaha...


Habis makan, terus bergerak pulang ke KL dalam pukul 7.30 petang waktu Malaysia..
Dan kitorang sampai ke KL lebih kurang pukul 3.00 pagi waktu tempatan keesokkan harinya...
Lama gile kan kat highway...
Bukan sebab jam ke apa, cuma kitorang cuba mencipta rekod dengan berhenti di setiap perhentian R&R yang ada kedai makan sepanjang highway Penang-KL tuh...
Sudahnya, hampir 7 jam setengah masa diambil untuk sampai ke KL dari Penang tuh..
Gile betul...
Owh, time lepak-lepak kat R&R sepanjang highway nie la bermulanya dak-dak perempuan tuh bukak cerita pasal jiran mereka yang bergelar 'Mak Cik'...
Dah tue, setiap perhentian lak, ada jer dorang sambung cerita pasal mak cik tue..
Dan aku sorang jer yang tak berhenti gelak tiap kali kisah mak cik tuh diceritakan...

Kesimpulannya (perghhhh, siap ada kesimpulan kot),
trip Penang nie berjalan dengan lancar dan sangat-sangat fun...

Sunday, May 8, 2011

...hadiah terbaik untuk seorang ibu yang sempurna...

10 pagi...
Alamak, dah pukul 10 lah pulak..
Mak aku nie mesti tengah minum pagi..
Biasa ah, kerja kerajaan kan...
Macam la kau tak tau...
hahaha...
Tapi handphone tetap call jugak...

"Hello, boleh bercakap dengan Puan Samiah Abd Rahman??
(Okey, tipu gile... Takda maknanya kau nak bercakap dengan mak sendiri sampai sebut nama penuh mak kau kan...)

Jawapan
"Sebentar"

Sambil lagu yang entah apa-apa berkumandang sementara menunggu panggilan disambungkan...

"Ermmm, Puan Samiah takde dalam office"

"Takpelah, terima kasih"

***

12.58 Tengah Hari
Dah nak dekat pukul 1 lah pulak...
Sempat lagi ke nak call nie...
Ah, try jer la call...
Mana tau mak aku still ada kat office...

"tut, tut... tut,tut... tut,tut..."

Okey, time nie bukan jer mak aku,
malah, dengan receptionist-receptionist sekali dah takdak...
Keluar lunch agaknya...
Masalah betul...

***

5.10 Petang
Mati aku...
Dah lambat sepuluh minit nie..
Mesti mak aku dah tunggu lama kat bawah office...
Terus call office mak aku lagi...
Padahal dah tau mak aku dah keluar office...

"tut, tut... tut,tut... tut,tut..."
Receptionist Jawab,
"Pejabat P**, boleh saya bantu??"

"Tolong sambung talian kat mak aku!!!"
(Sebenarnya ayat masih sama seperti yang mula-mula tadi, tapi tak nak nampak cliché katanya)

Macam biasa, lagu berkumandang lagi...
"Owh, rasanya dah takda siapa kat pejabat... Telefon tak berjawab"

"Okey, terima kasih"
Sah, mak aku dah tunggu lama kat bawah office..
huhu...

***
Itulah perkara-perkara yang kerap berlaku dalam masa satu hari...
Semata-mata nak cakap dengan mak aku...
Setelah menimbang buruk dan baik (padahal sebab perkara buruk jer kan),
maka hadiah untuk emak aku pada tahun ini adalah,
tada
:~


Senang sikit kalau mak aku ada handphone sendiri...
Diharapkan, kejadian seumpama di atas, dapat dielakkan selepas nie...
Akhir kata,


AKU SAYANG MAK AKU ;)

Thursday, May 5, 2011

Pertama kali...


Sambungan entry Reunion Sekolah Rendah oleh Nur Hazimah~
(suka-suka sambung entry orang di blog sendiri)
hahaha...

Okey, sebenarnya aku bukan nak sangat buat entry ni...
Cuma rasa macam kurang lengkap pulak entry cik Nur Hazimah tu..
(suka hati kata entry orang tak lengkap)...
Sebab lepas makan-makan tuh ada aktiviti lain pulak berlaku..
Jeng... jeng... jeng...
Yela, selepas aktiviti makan-makan sehingga kenyang sampai tak larat nak bangun daripada tempat duduk masing-masing kat restoran arab tuh (ayat sarcastic sangat),
aku pun bertanya..

"Aktiviti lepas ni apa weyh??"

Tapi, sorang pun tak bagi jawapan...
3, 4 kali jugak la aku rasa aku ulang soalan yang sama...
At last, jawapan yang aku dapat..

"Tak tau"

So, dengan kuasa Veto yang aku ada..
Aku pun mengajak semua budak-budak yang masih berada di situ untuk ber-karaoke...
Itu pun, tak semua yang join...
Ada yang nak pergi titiwangsa la, nak balik angkat kain la, nak balik sebab nak tengok konsert AF la (okey, aku tipu!)..
Namun, aktiviti karaoke tersebut berjalan dengan jayanya..
Mari intai antara muka-muka yang tanpa segan silu telah menyumbangkan suara pada hari tersebut dan merangkap pelapis bagi kategori penyanyi lelaki dan wanita terbaik AIM 2012...

Kategori Penyanyi Lelaki Terbaik..

Azad Majid

Hasnullail Jaafar

Aku (low profile ah konon gambar blurry2)

Kategori Penyanyi Wanita Terbaik

Nur Hazimah


Nurr Syahnaz dan Zarifah

Arfah Hanim


Quote best daripada Azad Majid petang tuh adalah,

"Rasa 2 jam ni lama lah pulak"

Maunya kau tak rasa lama..
Dah aku dengan kau jer yang balik-balik pegang microphone...
Memang la rasa lama...
Cuba 7-7 yang ada dalam bilik karaoke tuh nyanyi sorang-sorang ikut turn,
sah-sah 2 jam tuh macam 20 minit jer...
hahaha...

Okey..
Kalau melihat tajuk entry tersebut berbunyi pertama kali bukan...
Sebenarnya niat aku nak bercerita pasal pertama kali aku masuk ke pusat karaoke..
Ya, 1st time...
Masa tuh rasa macam virgin betul ah..
Suci dan tak tercemar dengan pusat-pusat hiburan nie...
Bak kata orang Perancis, Naïve..
Tapi...
Itulah sesi karaoke paling daring dan sexy yang pernah aku terlibat..
Sumpah aku tak tipu,
kalau aku tipu berat badan aku naik 10 kilo dalam masa 2 hari!!!

Pusat karaoke pertama yang aku kunjungi adalah,

El Cavalo, photo by google

Pusat karaoke (dan Bar sebenarnya) yang terletak di Jalan Pasir Kaliki, Bandung, Indonesia..
(agak daring kan sebab sekali dengan bar tuh)
Tuh baru sikit,
Tak cukup dengan ber-karaoke kat situ,
beberapa orang member yang ber-karaoke sekali tuh sempat pulak menempah beberapa cewek
indonesia untuk menemani mereka ketika sesi karaoke sedang berlangsung!!..
hah, hambek ko...
kalau dah namanya cewek, faham-faham je la adegan berani mati yang berlangsung dalam bilik karaoke tuh..
Kissing, touching, you name it.. take a pick!
Kalau lah Bandung time tuh dilanda gempa bumi, memang tak sempat bertaubat wa cakap lu...
Tapi tuh semua pengalaman kot...
Penagalaman tuh yang menjadikan ia antara sesi karaoke paling best sepanjang hayat aku...
Hahaha...

Owh, ya..
Last but not least...
Nie
pulak merupakan lagu pertama aku nyanyikan masa mula-mula aku masuk pusat karaoke tersebut..
heheh..

Maroon 5 - This Love
Sh*t, tak tau camner nak post video dari you tube...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails