Sunday, May 29, 2011

TV Series Zaman Sekolah

Sebelum nie punya lah payah nak keluar 1 entry pun,
tapi sekarang nie bukan main semangat lagi menaip..
Ada cerita sikit buat entry,
orang suruh buat entry terus buat..
Takda lah nak menunggu idea mencurah-curah daripada langit turun,
baru nak keluar satu entry..
lol

Aku berasa terpanggil untuk buat entry nie lepas baca entry Azam Zainal Abidin..
Berkisar tentang TV series yang dulu-dulu duk menggila tengok dari mula sampai habis..
Nak baca entry tuh, klik kat sini..

Kalu ikutkan dulu, sebelum aku kenal budak-budak satu kelas aku nie,
mana la aku tengok TV series America nie..
Series yang aku layan dulu, sah-sah la tahap mak cik-mak cik felda dan PPRT orang yang tak berapa nak urban tengok macam Gerak Khas, Senario la..
(saja bagi tulisan kecik, konon orang tak boleh nak baca)
Dulu apa yang mak pak aku layan, terpaksa la layan jugak..
Dah TV pun seketui, apa yang dibukak itu lah yang aku tengok..
Kang melawan nak tengok cerita lain, jatuh hukum derhaka kang..
Tak mau-tak mau, jalan menuju ke neraka.. (Bak kata lecturer Anuar)
So
redha je la time tuh..

Kalau bercerita pasal Gerak Khas tuh,
boleh dikatakan la, tiap-tiap minggu la dialog yang sama jer berulang..
Tuh yang bosan tengok cerita melayu nie..
Macam dah tak de idea lain, balik-balik,

"Ya tuan, kami akan bertindak sekarang"

"Tangkapan telah dilakukan tuan"

"Angkat tangan, kamu telah di kepung"

Itu je la dialog dia tiap-tiap minggu..
Okay enough pasal cerita melayu,
aku sambung balik pasal TV series America..
Hahaha..

Kau tau,
series-series yang aku tengok kat TV 2 nie dulu la yang bagi aku semangat tiap kali aku bangun pagi tau..
Setiap pagi, celik jer bijik mata,
Wah, hari nie hari isnin, malam nie boleh layan Dawson's Creek..
Wah, hari nie hari selasa, malam nie boleh layan Roswell..
Wah, hari nie hari rabu, malam nie boleh layan Neverending story..
Wah, hari nie hari khamis, malam nie boleh layan Popular
..
Wah, hari nie hari jumaat, malam nie boleh layan Mythquest..
(macam tuh la lebih kurang schedule untuk TV series kat tv 2 dulu-dulu.. Aku pun dah tak ingat sangat)..
Best kot cerita-cerita yang ada dulu kat tv 2..
Tapi sekarang, makin hampeh jer..
Aku pun tak paham, padahal dulu tv kerajaan tuh dah setaraf tv swasta kot..
Tiba-tiba jer semakin bosan bila aku meningkat dewasa..

Okay, marilah aku tepek serba sedikit gambar TV series yang aku layan dulu-dulu..

Dawson's Creek

Sumber: http://www.amazon.com/Songs-Dawsons-Creek-ENHANCED-CD/dp/B00000IMY8

Hati siapa la tak terusik tatkala menonton lakonan Katie Holmes yang cute dalam cerita Dawson's Creek nie.. Walaupun cerita nie ditayangkan tengah-tengah malam buta, aku tetap setia menunggu cerita nie sampai abes. Scene yang disukai, Joey Potter menyelinap masuk bilik Dawson melalui tingkap.. Sangat epic!! Jangan tak tau, aku punye minat dengan Joey Potter nie, sampai sanggup beli novel Dawson's Creek kot.. Walaupun dalam novel bukan ada gambar die pun, sekadar gambar kat muka depan.. LOL.. Antara Quote best yang terdapat dalam novel nie, 'It's the end of something simple. And the beginning of everything else'


Roswell

Sumber: http://connect.in.com/roswell/photos-1-1-1-4451db4786d9cecbb68d585ab2d37f54.html

Cerita mengenai adik beradik alien (Max dan Isabel) yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh emak dan bapak angkat mereka yakni sepasang manusia. Part best, mesti ah setiap kali keempat-empat watak alien tuh (ada dua lagi member dorang Michael dan Tess.. Selalu alien rupa macam makhluk ntah hape-hape kan, tapi dalam cerita nie alien menyerupai manusia..) menggunakan super power mereka.. Salah satu power yang tidak mungkin dilupakan, Max boleh sembuhkan orang injured dengan sekelip mata.. (bapak senang, tak yah doktor-doktor bagai)... Okay, Nadiah still insist nak nama dia diselitkan bila bercerita pasal cerita Roswell.. Beliau merupakan peminat tegar cerita Roswell, siap beli novel Roswell lagi (macam aku duk beli novel Dawson's tuh la)..


The Neverending Story

Sumber: http://lesserkey.blogspot.com/2011/05/neverending-story.html

Kisah mengenai seorang budak lelaki yang curik buku The Neverending Story dari seorang tokeh kedai buku berpangkat pak cik tua yang amat. Kemudian bila dia start membaca, diri dia menjadi sebahagian daripada cerita yang dibaca tuh.. So start la pengembaraan dia.. (Eh, kejap.. Tuh cerita TV series nie ke atau cerita movie Neverending Story?? Aku pun tak ingat.. Haha)


Popular

Sumber: http://vaughaneoffs.blogspot.com/2011/05/most-popular-girl-in.html

Cerita yang ditunggu-tunggu saban minggu.. Karakter yang paling tidak mungkin dilupakan dalam cerita nie sah-sah la Merry Cherry.. Watak dia yang ala-ala bodoh kurang cerdik dan gila-gila nie amat menjadi.. Sampai sekarang, takde lagi la watak dalam mana-mana series lain yang mampu meninggalkan kesan mendalam macam watak Merry Cherry nie.. Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan korang jugak, sebelum Wentworth Miller meletup dengan watak sebagai Michael Scofield, dia pun berlakon dalam cerita nie. Paling tak boleh blah, watak dia dalam cerita nie adalah sebagai seorang ahli Glamazon, cheerleader untuk Kennedy High School.. Hahaha...


Mythquest

Sumber: http://sharetv.org/shows/mythquest_ca

Kisah adik-beradik yang memasuki dunia lain dengan bantuan teknologi ciptaan ayah mereka.. Pengembaraan mereka ke dunia-dunia yang berbeza setiap episod tuh bertujuan mencari ayah mereka.. Si kakak nie paralysed dari pinggang hingga kaki.. Tapi bila dia masuk dunia lain tuh, kaki dia boleh berfungsi macam manusia normal balik.. So dia agak excited bila masuk ke dalam dunia lain tuh...


Felicity

Sumber: http://andersonconfessions.blogspot.com/2011_04_01_archive.html

Kisah pasal Felicity yang memilih untuk melanjutkan pelajaran dekat kolej yang sama dengan mamat yang dia minat hanya disebabkan penulisan mamat tuh kat belakang high school yearbooks dia.. Punya la gila sampai sanggup memperjudi masa depan macam tuh kan.. Bila dah masuk kolej yang sama, rupanya mamat tuh memang tak menaruh hati pun kat dia.. Ceh, sia-sia masuk kolej yang sama kan.. Tapi at last, mamat tuh couple jugak dengan Felicity nie..

Selain TV 2, NTV7 pun ada jugak tayangkan series dan comedy yang aku layan.. Antaranya adalah:

Malcolm in the Middle

Sumber: http://www.impawards.com/tv/malcolm_in_the_middle_ver2.html


Friends

Sumber: http://hotchocshera.blogspot.com/2011_01_24_archive.html


Charmed


Sumber: http://aboutnicigirl.blogspot.com/2011/02/charmed-pictures.html

Tapi, TV show yang aku follow dan amat jarang aku ter-miss dari sekolah dulu sampai sekarang adalah:

The Amazing Race

Sumber: http://www.firehow.com/20090304440/how-to-get-on-amazing-race.html

8 comments:

boneka said...

1 lg weh...
cerita chsrmed!!!haha

andre said...

aper 2 chsrmed? best ke? lul..

Izuan Idris said...

haha, yelah.. edited version masukkan charmed..
weyh, aku lately ade la tgk balik citer charmed nie, perspective dah lain dow tgk charmed nie skang.. kalo dulu, tgk citer nie just concentrate kat power2 dorang jer (bajet innocence la time tuh), la nie aku nampak benda2 yang lebih menarik daripada kuasa tuh.. LOL

Nadiah Abdah said...

salam..huuhu..bajet giler glamer aku ni..aku ske roswell,charmed,felicity n popular...syok woo...malcom in the middle pun best gak wpun cam hape je cite tu.. :) sgt nostalgia entry ko ni~

boneka said...

ok silap eja...
sory la zeree~

FarhanahAdzlan said...

wahh..boleh ingat stiap cerita yg ditonton masa dulu..btw..memang citer2 tu best ponn termasuk senario..hahaha..:)

pareed omey said...

hehe..btol la..ak pom tgk cte2 dolu2 tu..hihi..sokmo ade kt tv2 kot..

Payid Aishah Aziz said...

Dawson's Creek dah ada kat Netflix. Boleh layan balik.. Cerita dulu2 kita tgk tv2 banyak censored. Bila tgk balik kat Netflix sekarang. Jauh sopan dari zaman sekarang punya cerita. Hahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails