Saturday, May 28, 2011

Lagi atas permintaan

Entry atas permintaan juga..
Nasib baik mempunyai memori kelakar yang mampu diceritakan wahai, Nadiah Abdah..
Kejadian yang berlaku kira-kira 2 tahun yang lalu kalau tak silap aku..
Waktu tuh, time mula-mula grad..
Kehidupan pun macam terumbang ambing ke hulu ke hilir mencari kerja..
(Macam la sekarang tak kan, buat aku masih sama jer.. Tapi Nadiah, semakin berjaya bersama kerjaya beliau kini sebagai pendidik anak bangsa.. Syabas...)

Watak dan perwatakan
1) Aku, mangsa pujuk rayu Nadiah
2) Nadiah Abdah, orang yang begitu komited nak datang interview
3) Khasmidatul Akma, watak sampingan

Lebih kurang 2 tahun lepas, aku, Nadiah dan Khasmidatul Akma dapat la offer dari sebuah kolej yang terletak di Seremban... Macam biasa lah, sebelum dapat kerja mestilah ada interview kan.. Tapi, Khasmi nie awal-awal lagi dah surrender, tak nak pergi interview katanya.. Alasan, parents dia kata jauh.. Yelah, malas agaknya nak buang masa kalau pergi dan dapat offer tuh, mungkin mentah-mentah akan menolak sebab tak nak berjauhan daripada keluarga tercinta di Pulapol, Jalan Semarak tuh.. Maka, tinggal lah kami berdua time tuh.. Aku kalau ikutkan hati time tuh, memang macam nak join Khasmi jer.. Malas nak pergi interview, tapi atas desakan pujuk rayu Nadiah nie (kawan since sekolah rendah la katakan), maka bersetuju je la nak datang interview tuh temankan dia...

Pada hari kejadian, dua-dua pun mungkin agak excited lah kot.. Yang aku, baru kali kedua rasanya nak datang interview nie... Nadiah aku tak sure ah pulak, cuma time nie punya lah semangat kan dua-dua pun bersetuju nak gerak Seremban tuh awal supaya dapat cari kedudukan kolej nie dan takde ah terlewat untuk datang interview nanti... Dan tanpa memerlukan teknologi canggih Garmin mahupun Blackberry time tuh, kitorang berjaya sampai ke Kolej Negeri Chedang Campus awal gila kot... Interview kitorang time tuh pukul 2, tapi kitorang dah sampai depan kolej tuh lebih kurang pukul 11 lebih... Boleh mati kutu kot kalau nak tunggu sampai pukul 2 dalam kereta kan.. So, apa lagi.. Aku pun ajak la berjalan-jalan sementara nak menunggu masa interview tuh...

Tempat yang paling dekat untuk berhibur kat area tue adalah Jusco Seremban 2... Sebelum sampai dekat kolej tuh, rasanya kitorang ada nampak kot Jusco tuh tepi jalan.. So, dah tau jugak la kedudukan Jusco tuh.. Takda lah tercari-cari sangat pun.. Sampai jer Jusco, mula lah aktiviti pusing-pusing Jusco sampai pening.. Dah tak tau nak buat apa dah.. Ye la, kau ingat senang nak tunggu dari pukul 11 lebih sampai pukul 2 petang tanpa buat apa-apa.. Then, aku pun mendapat idea bernas.. Since dekat Jusco tuh ada TGV, aku pun ajak la Nadiah tengok-tengok tayangan movie apa yang available time tuh.. Memang la kitorang langkah kanan, ada pulak tayangan movie 2012.. Time tuh pulak, aku memang belum tengok lagi 2012.. So, tengok jam time tuh konon sempat la kalau nak menonton movie nie dulu...


Image by : http://www.shockya.com

Okay, part nie yang paling tak boleh blah.. Lepas beli tiket, tak lama lepas tuh terus start tayangan.. Kitorang pun masuk dalam cinema ah macam biasa, tapi bila tengok balik tempat duduk kitorang tuh macam jauh kebelakang jer.. Padahal seat-seat yang depan tuh kosong kot, tapi diorang tak jual pun tiket tempat duduk yang depan-depan.. Untuk pengetahuan, aku nie kalau tengok movie memang suka duduk depan-depan sikit, so bila tengok movie tuh takda lah duduk tegak jer.. At least boleh ah mendapat posisi agak kebaringan (wah, tiba-tiba rindu gila pulak nak pergi tengok movie kat cinema.. huhu..). Okay, sambung balik part seat kosong tadi, dah aku tengok seat depan-depan tuh takdak orang so aku tinggalkan jer Nadiah tadi duduk sorang-sorang kat seat belakang (gila tak gentlemen kan, tinggalkan gadis seorang diri), aku terus duduk seat depan.. Buat macam TGV tuh macam bapak aku punya kan.. Hahaha...

Dan aku rasa, Nadiah pun taktau kot apa yang berlaku seterusnya dekat aku.. Sepanjang tayangan movie tuh, sebenarnya bukan aku tengok sangat pun.. Sebab aku dah tertidur.. Aku rasa time tuh, memang paling nikmat lah dapat tidur dalam panggung, al-maklum bukan senang nak dapat tempat untuk tidur dengan didodoikan oleh bunyi sound efek yang menggila babi kuatnya.. Tambah-tambah pulak dengan tiupan angin sejuk daripada air cond TGV tuh, perghhhhh... Memang tak membazir la aku rasa walaupun tertidur time menonton tuh.. Haha.. Aku tengah duk sedap melayan tidur, tiba-tiba handphone aku bunyi.. Text daripada Nadiah,

"Aku rasa kita dah lambat nie, jom ah gerak"
(lebih kurang macam tuh la text dia)

Potong betul, aku tengah duk sedap tidur kot.. Movie pun tak habis lagi kot, baru separuh jalan.. Tapi nak taknak, kena la jugak bangun dan terus kitorang keluar daripada TGV tuh, dah lambat katanya.. Time nak blah dari Jusco tuh pulak, kena la bayar parking tiket kan.. Duit kecik la masing-masing takdak.. Sudahnya, duit yang memang aku simpan sebagai koleksi peribadi menjadi mangsa... Duit tuh ada nombor siri yang ong ah (kata orang cina).. Tuh yang aku tak sanggup nak guna, tapi dah lambat punya pasal, bayar jugak la (T_T).. Pastu terus menuju ke kolej tuh balik.. Sampai balik kolej tuh, tak lambat pun memang just nice ah dekat-dekat pukul 2.. Time tuh, memang jumpa la a few people yang lain datang untuk interview tuh jugak.. Aku tengok, semua pun yang datang macam dah tua-tua gak la, aku dengan Nadiah jer budak hingusan kat situ.. Pastuh, bajet nak jadi lecturer kan.. Tak kisah la, aku datang pun sebab temankan orang jer, bukan nak sangat time tuh jadik lecturer.. Owh ya, sebelum interview tuh start, Nadiah nie membebel kat aku sebab rambut aku serabai nak mampos gila.. Pastuh dia suruh pegi basah kan la, kemas kan sikit la.. Aku buat jer, malas nak cakap banyak.. Lepas tuh, tengok candidates lain yang datang terutama sekali yang lelaki ah, memang smart ah semua.. Siap ber-tie bagai.. Aku jer sekadar pakai baju kemeja lengan panjang.. Memang la takdak ciri-ciri seorang lecturer kan..

Start je interview pukul 2 tuh, Nadiah nie merupakan orang pertama yang dipanggil dan kebetulan aku merupakan orang kedua.. So, aku disuruh standby duduk kat luar bilik interview tuh la.. Lebih kurang 10 minit macam tuh, Nadiah pun keluar.. Aku tengok dia okay jer.. Takdak la berpeluh melampau ke, nampak nervous breakdown ke, memang relaks je la katanya.. Bukan interview sangat pun, tanya sikit-sikit jer pun katanya.. Aku pun relaks je la.. Pastuh, aku lak disuruh masuk, dan bermula lah kisah aku di-brainwash dalam bilik tuh... Haha.. Kalau Nadiah setakat, 10 minit dalam bilik tuh, aku lak rasanya dekat 40-45 minit jugak la dalam bilik tuh.. Keluar jer daripada bilik tuh, semua orang yang kat luar tuh ingat aku kena mock teaching dalam bilik tuh (yela, kata mintak nak jadik lecturer kan, so kena la ada ciri-ciri lecturer yang mampu mengajar kan). Padahal, aku dalam bilik tuh kena tegur daripada hujung rambut sampai hujung kaki.. Siap kena dengar lagi free lecture daripada PEMILIK KOLEJ tuh sendiri. Hah, semua pun ingat orang yang interview diorang tuh sekadar kakitangan Kolej Negeri, tapi sebenarnya bukan.. Interviewer tuh sendiri yang reveal diri dia kat aku okay, katanya former owner tuh, Dato' something (aku tak ingat nama dato' yang disebut) telah memberikan keseluruhan pengurusan dan pemilikan kolej tuh kat dia (time tuh dalam kepala otak aku, 'interviewer nie perempuan simpanan dato' tuh ke ape??').. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk je la lepas tau kedudukan sebenar interviewer tuh.. 1st impression yang sangat buruk aku dah bagi dekat current owner kolej tuh (T_T).. So, memang tak dak can la nak dapat kerja kat situ.. Haha..

Tapi, aku mampu berbangga jugak la sekarang nie.. Masa dalam interview tuh pemilik kolej tuh ada tanya minat aku ke arah mana semua.. Aku jawab la photography. Then, terus dia tanya ada kamera la nie, bla.. bla.. bla.. Tapi time tuh aku takdak kamera pun, dan dengan jujur aku jawab takdak lagi.. Tengah kumpul duit.. Part tuh pun aku kena bambu dengan dia jugak..

"Macam mana awak minat photography nie tapi takdak kamera??"

Hah, bertitik tolak daripada situ la aku memang dah nekad, nak taknak, aku MESTI akan memiliki kamera DSLR jugak suatu hari nanti.. Dan alhamdulillah, beberapa bulan kemudian memang aku berjaya mendapatkan DSLR aku yang pertama.. Dan sehingga kini, aku masih lagi belajar untuk menjadi seorang photographer yang bagus.. Hopefully cita-cita tuh akan tercapai jugak suatu hari nanti.. Doakan aku ye (terutama sekali kamu cik Nadiah, you owe me one.. Haha.. I'm joking)

4 comments:

Nadiah Abdah said...

salam..huhu...thanks 4 ur accompany on that time..really appreciate ur help..sorry for ur money..hehe

aku slalu doakan kjayaan ko.moga2 ko jd photographer yg bjaya..blh amik gmbr mjlis aku nnt :)

Izuan Idris said...

Amin-amin yarabbal alamin..
Kalau ade rezeki weyh..
Insyaallah..

Nadiah Abdah said...

aku teringat kejadian sblm g intvw 2 di mana aku kantoi masa intvw kt al-amin..haha..padan muka aku masa 2..huhu

entri yg x seberapa utk ko:

http://nadiahabdah.blogspot.com/2011/05/shukran-jazilan-ya-akhi-izuan-b-idris.html

wadi unung said...

alamak!!! sori2!!! hihi memg nk join korang pun.. my ex-skolmate really awesome!!! ~ smg kita tetap murah rezeki dan dapat keja yg kita minat dan tenang2 selalu.=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails