hari baru, bulan baru,
semangat baru..
Alhamdulillah,
pagi-pagi dapat call,
dapat panggilan job-job baru,
bersyukur sangat,
walaupun bukan la job besar buat advertising untuk Celcom ke, Maxis ke,
tapi, boleh la.
Dengan job-job kecik nie la aku bertahan sampai hari nie tanpa kerja tetap..
Hahaha..
Anyway,
Sebenarnya, aku nak cerita pasal benda lain..
Cerita pasal blog..
Hah, tiba-tiba lately tak tau kenapa rajin la pulak nak menaip-naip nie..
Padahal sebelum nie punya la malas..
Kalau tengok tahun lepas punya entry, setakat dua entry untuk tempoh 12 bulan..
Nak kata takde idea nak tulis tak jugak, cuma mungkin kekangan masa kot..
(yela sangat, padahal banyak jer masa terluang yang tak tau buat apa)
Walaupun aku dah start blogging nie since 2008 lagi,
tapi aku sebenarnya bukan faham sangat pun blogspot nie..
So, pagi nie aku bosan-bosan mula la godek apa-apa yang tak sepatutnya digodek..
Dan aku discover something..
Okay, part nie mungkin agak ketinggalan zaman bagi blogger yang tegar gila
Memalukan jer..
Kalau kau orang tengok pun mesti nanti keluar cakap-cakap,
"Hek ele, tuh pun nak kecoh.. Aku yang ada 14,532 followers nie punye audience lagi pelbagai ah.. All over the world"
Oleh sebab tuh la aku cakap, korang-korang yang expert tak payah la baca nie..
Buat tambah dosa korang jer sebab nak sumpah seranah aku..
Haha..
Hah, tengok tuh..
Aku nampak ada ajnabe sesat ke blog aku dari negara lain..
Egypt, US, Germany tuh..
Dengan jumlah yang dipaparkan, sah-sah la semua tuh sesat..
Entah apa yang diorang search sebenarnya,
Alih-alih ter-link kat blog
Tapi, aku pedulik apa,
aku nak bangga jugak..
At least, international la jugak kan blog nie..
(eceh, konon)
Bila aku tengok balik list nie,
mula la angan-angan start balik..
Apa lagi angan-angan aku,
tak lain dan tak bukan,
TRAVEL~
Daripada dulu lagi aku minat gila nak ber-travel bagai..
Tapi tuh la, belum ada rezeki lagi..
Insyaallah, satu hari nanti,
hopefully tercapai la jugak cita-cita aku.
Dan ini merupakan antara tempat-tempat yang aku teringin gila nak travel,
Santorini Island, Greece
sumber: http://good-wallpapers.com
Sebuah pulau yang boleh diklasikfikasikan sebagai one of the most romantic places on earth (aku jer yang terhegeh-hegeh meletakkan as romantic place padahal orang lain takdak pun). Kedudukan hampir ke semua habitat manusia (hambek ko, habitat kan aku letak) mendapat view lautan nan biru. Walaupun dalam gambar aku letak tuh tak berapa nak biru, tapi percayalah warna air laut kat situ memang nampak kebiru-biruan dia (tapi aku rasa kat PD yang kotor pun still nampak kaler biru air laut dia. Duh). Aku nak sangat travel kat sini selepas menonton movie Mamma Mia! dan The Sisterhood of the Traveling Pants.. Kalau tak percaya, korang try tengok ah movie-movie nie.. Tapi kalau tak terpengaruh, jangan cakap kat aku.. (Okay, jujur jugak aku nak bagitau.. Aku letak cerita pasal Greece nie sebenarnya nak suruh orang Greece lak discover blog nie.. Haha, pathetic sungguh)

Okay, next..
New York, United State of America
Sumber: http://topicden.com
Sumber : http://www.getintravel.com
Sumber: http://www.newyorkproperties.co.uk
Sumber : http://www.getintravel.com
Sumber: http://www.newyorkproperties.co.uk
Tudia, tak cukup satu gambar.. Aku bantai letak sampai tiga gambar sekali gus.. Salah satu daripada modern city yang aku teringin gila nak menjejakkan kaki.. Walaupun tak ramai yang suka dengan kesesakan di bandar besar, tapi aku suka jer.. Kesibukan bandar New York nie kelihatan sangat cool dalam cerita CSI-NY, White Collar dan Dirty Sexy Money.. (Sebab cerita-cerita nie jugak la aku terpengaruh nak datang sini.. huhu)
Dan seterusnya,
Budapest, Hungary
Sumber: http://www.cityhotels.hu
Prague, Republic Czech
Sumber: http://en.wikipedia.org
Kedua-dua bandar nie masih mempunyai bangunan-bangunan lama yang terpelihara.. Lawa siot architecture sedia ada dekat kedua-dua bandar nie.. Kalau bagi aku pusing-pusing bandar sambil jalan kaki 3 hari 3 malam pun aku sanggup.. Tempat nie pulak terpengaruh sebab tengok Amazing Race Asia season 2. Ala, yang ada Vanessa dan adik dia Pamela tuh, dan tak lupa Paula dengan Natasha.. Hehehe..

Next, next..
Paris, France
Sumber: http://www.visitingdc.com
Sumber: http://www.hiren.info
S'il vous plaƮt.. Kota romantis Paris.. Memang sesuai la kalau nak bawak awek datang bercuti mahupun membawa isteri datang berbulan madu.. Juga dikenali sebagai kota fesyen bagi prempuan.. Tempat-tempat yang wajib dilawati mestilah Eiffel Tower, The Louvre (macam yang kelihatan dalam gambar di atas tuh) dan pusing-pusiing bandar Paris tuh sudah.. Kalau kau datang sana dan tak teringin nak datang baut kali kedua aku tak tau la nak cakap apa (bunyi macam aku pernah pergi kan, pada hakikatnya tidak.. Tapi dalam mimpi selalu jugak aku berada di Paris nie.. Sebab tuh aku tau yang orang yang pernah datang sini mesti nak datang lagi.. Aku yang sekadar bermimpi nie pun berharap dapat mimpi lagi travel ke Paris). Owh lupa, berangan nak sampai Perancis sebab tengok movie The Da Vinci Code.
Venice, Italy
Sumber: http://miriadna.com
Negara Italy memang tak kalah dengan sejarahnya.. Tengok je la bangunan-gangunan tinggalan zaman purbakala.. Sangat seronok kot (walaupun sekadar tengok gambar). Berangan nak pergi Italy sebab dulu selalu dengar lecturer architecture sebut-sebut pasal Rome semua.. (Okay, aku tipu.. Aku pedulik apa dorang cakap pasal Rome tuh.. Yang pasti, aku terpangaruh nak holiday kat sini sebab movie Gladiator dan Lizzie McGuire The Movie... Kanak-kanak riang sungguh time nie, cerita Lizzie McGuire pun aku tengok). Dan Venice pulak, terpengaruh sebab movie The Italian Job.. Time dorang bekejar-kejaran semua kat area sekitar Rialto Bridge.. Fuhhhh, Terbaekkk!!!
Dan lagi,
London, England
Sumber: http://monique-luna.blogspot.com
This is London, England.. Bukan Londang, Melaka.. Satu-satunya bandar yang tidak memerlukan aku menonton movie mahupun mana-mana series untuk mempengaruhi aku supaya datang ke sana.. Tengok-tengok gambar dan dengar orang bercerita pasal London dah cukup untuk membuatkan semua orang (ke aku sorang??) jatuh cinta dengan London.. Tempat yang teringin dilawati adalah Houses of Parliament, Buckingham Palace, Kensington Palace dan banyak lagi ah.. Try google ah tempat menarik kat London, semua tuh la aku nak pergi..

Lagi dan lagi,
Bruges, Belgium
Sumber: http://www.singhaworldtour.com
Okay, kalau orang lain terhegeh-hegeh nak pergi Belgium semata-mata sebab nak melawat Brussels, aku lak teringin benor nak malawat Bruges.. Tapi Brussels tuh pun sebenarnya aku nak pergi, cuma tak nak la nampak stereotype macam orang lain.. Hahaha.. Bruges is the capital and largest city of the province of West Flanders in the Flemish Region of Belgium. It is located in the northwest of the country (ayat sah-sah copy paste daripada wikipedia). Aku suka tengok scenery Bruges nie dalam movie, In Bruges.. Dah tuh, macam biasa la, terpengaruh jugak nak datang sini.. Huhu..

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat lain aku nak pergi.. Tapi serius, aku dah tak larat nak upload gambar satu persatu.. Yang berapa ketul nie pun separuh hari aku nak menaip.. Huh.. So, cukup la sekadar beberapa tempat nie jer dulu.. Kalau aku dah takde sangat kerja nanti aku sambung (sumpah memang aku tak kan sambung dah)..
3 comments:
wow! bukan dulu ko penah de blog gak ke? aku de follow ko kot dulu..hehe weh..template blog cun..tlg buat kat aku~ hehe
nie la blog yg dulu tuh weyh..
bertaun xpost entry..
pastuh ttbe taun nie terbukak hati nk menulis balik..
haha.ade lg jd serabut ak ni(mode serabut sbb nak gak p travel!!!)
Post a Comment