Sunday, May 31, 2009

...aku, Dia dan...

'???'

arghhhhhh...
sialan...
dialog itu terngiang-ngiang dalam kepala...
masuk kali nie...
entah berapa kali aku asyik teringat perkara yang sama...
bukan tak nak lupakan...
aku pernah mencuba untuk melupakan...
tapi,
hanya sia-sia...
ingatan itu teramat kuat...
lebih kuat daripada kekuatan diri...

Dia sangat berani membuka bicara...
tapi aku...
bangang...
penakut...
pengecut...
sombong...
ego yang amat...
ya tuhan...
mengapa aku tergamam tika dan waktu itu...?
susah sangat kah nak membalas pertanyaan...
hanya serangkap ayat yang diungkapkan...
aduh...

sepuluh saat yang sunyi...
hanya kedengaran angin ramadhan menghembus...
sayu teramat ketika itu...
umpama merestui tragedi yang baru berlaku...
selang beberapa saat...
Dia berlalu...
pergi dari tempat itu...

adakah Dia malu...?
atau Dia marah aku...?
sebab aku tak jawab pertanyaan Dia...
bukan aku tak nak jawab...
tapi...
aku terlalu gugup...
hah...?
aku gugup...?

ya...
aku gugup...

bukan mudah untuk orang membuat aku gugup...
aku mudah untuk bermesra dengan semua orang...
tapi bukan dengan Dia...
sebab...?
entah...
mungkin sebab Dia lain...
lain daripada yang lain...

lain macam mana...?
aku sendiri tidak pasti...
jangan tanya aku kenapa...

dan...
itulah satu-satunya kejadian...
kejadian yang tidak mungkin aku lupakan...
hari terindah yang pernah berlaku...
sepanjang berada di Sini...





3.54 pagi
tempat LSL
entah mode

Saturday, May 30, 2009

...huhu...

banyak benda yang aku nak taip...
tapi terlalu busy,
so len kali jer la baru aku buat entry...

Thursday, May 28, 2009

Sunday, May 24, 2009

...bukan sambungan untuk apa-apa...

Jika anda perasan, comment di bawah tertera..

'Hampeh'

'Motif'

sebabbbbbnya....







Sebenarnya ia hanya lah entry kosong..
hahaha.. Maksud aku, langsung takdak penulisan.. Sebab itu aku mendapat komen sedemekian rupa..

Sekian..

Friday, May 22, 2009

...21 MEI 2009...

Weyh…
Tengok la sini…
Tengok apa?

Nie, muka aku nie…
Kenapa dengan muka kau…?

Cuba kau tengok…
Ada apa…?

Kau tak Nampak ke…
Nampak apa…?

Macam mana riak wajah aku…
Nampak happy… kot…

Weyh…
Pandang la sini…
Kenapa…?

Kau tak Nampak ke aku gembira…
Nampak, so what…?

Kau tak nak tanya ke kenapa…
Ala, kalau aku tak tanya pun kau cakap jugak…


Weyh…
Tanya la kenapa…
Ok, ok… kenapa sayang…?

Weyh, serius la…
Ye la, ye la… kenapa sengih macam kerang busuk nie…?

Kau nak tau kenapa…
Ko tak payah berdrama latina… cakap je la…

Aku dah selamat…
Selamat daripada apa…?

Daripada hukuman gantung…
Bila kau jual dadah…?

Bukan la…
Habis tu?

Hukuman gantung tanpa tali…
Maksud kau?

Weyh…
Kau tak jawab pertanyaan aku tadi…
Saja aku tak nak jawab…

Apahal plak…?
Ye la, masa aku sebuk nak bagitau kau buat bodoh…

Nie kau nak cakap ke tak nak nie…?
Tak nak…

Lain kali kalau nak cakap separuh-separuh baik tak payah cakap terus…
Wah… dah merajuk…

Merajuk kepala hotak kau…


Weyh…
Jangan la marah…
Muka aku ada Nampak macam tengah marah ke…?

Marah tue tak, tapi bengang tue ada…
Dah la, baik aku tido…

Pergi la kau tido kat sana…
Tengok, dah la buat aku bengang lepas tue halau aku plak…

Dah, dah pergi tido…
Nak tido ah nie, kau yang kacau…


Weyh…
Kalau aku tak bernafas lagi esok, kau rasa kau sedih tak…?
Tak pun, kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku…

Tapi kalau aku dah tak bernafas esok, kau pun akan berhenti bernafas jugak…
Sengal, aku memang tak bernafas... macam mana nafas aku nak berhenti…

Eh, betul jugak kan…
Tau takpe… Dah, dah jom tido…

Tak boleh, aku nak siapkan topical study…
Habis tue, aku tak boleh tido la nie…?

Mana boleh, kau kena temankan aku…
Grrrrrrrr…



Kau rasa itu perbualan aku dengan siapa…?

Thursday, May 21, 2009

...untuk Dia...

aku tak ingat tarikh itu...
hari mula-mula aku nampak Dia...
jalan menuruni anak tangga...
berjalan terus ke lorong hitam...

mata terus memerhatikan...
sampai Dia hilang...
orang lain tak perasan...
hanya aku seorang...

kenapa orang lain tak nampak...?
sebab semua orang tak kisah...
tapi aku kisah...
sebab aku kisah...?
ermmmm... entah...

hish...
letih lah...
letih aku mengharap...
harap Dia memandang...
tapi sampai ke sudah...
ada dia pandang...?

ada...
sampai suatu hari...
satu aktiviti menemukan kami...
kami sangat happy...
main sampai lupa diri...

habis jer aktiviti...
Dia angkat kaki...
aku terus memerhati...
sampai Dia hilang lagi...

boleh ke kami jumpa lagi...?
masakan tidak...
belayar dalam kapal yang sama...
sudah pasti bertemu lagi...

hari itu hari isnin...
baru berjumpa Dia kembali...
selepas hampir tiga bulan...
aku pun dah lupa pasal Dia...

tiba-tiba muncul kembali...
tapi Dia tak nampak aku...
hanya aku nampak Dia...
hah...
macam mana tu...?

nampak sangat Dia tak kisah...
aku jer yang lebih-lebih...
tiba-tiba...
Dia pandang...
Gulp...
aku pandang tempat lain...
buat-buat tak nampak...

tindakan bodoh...
dah Dia tengok...
ambik la peluang...
pergi tegur sapa ke...
ini tidak...
terus berpaling...
sengal...

eh...
kejap-kejap...
cuba tengok betul-betul...
aku kenal pakaian itu...
pakaian rasmi negara bangsat...
negara yang menekan setiap penduduknya...
penduduknya itu termasuk aku...





akan bersambung...

10.11 pagi
studio petunia lagi
topical study mode

Monday, May 18, 2009

...latest update...

satu persatu subjek aku semester nie tamat...
tadi, subjek design...
setelah beberapa bulan berhempas pulas...
siapkan segala drawing mahupun 3d beserta board...
akhirnya, aku rasa sampai juga ke titik nokhtahnya...

happy...?
entah la...
aku tak rasa aku terlalu happy dengan berakhirnya subjek nie...

sedih...?
dah tentu-tentunya tidak...
tapi mungkin terdapat sekelumit perasaan itu dalam hati...

lega...?
ya...
aku sangat lega bila subjek design nie melabuhkan tirainya...

penat...?
sikit la...
setelah berapa hari aku tidur tak seperti makhluk yang bergelar manusia...

rindu...?
hahaha...
memang sangat kelakar...

tapi, mungkin aku akan merindui subjek design nie...
siapa tau...
life is full with surprises kan...

tapi...
bila aku fikir-fikir balik...
sebenarnya, banyak jugak jasa subjek design nie...
walaupun kadang-kadang aku rasa subjek nie membunuh kreativiti aku...
sedar tak sedar, banyak jugak skill lain yang dapat aku develop...
terima kasih jugak la kepada semua lecturer-lecturer design aku...
walaupun ada segelintir daripada mereka telah membunuh perasaan kasih dan sayang aku terhadap subjek nie sejak awal lagi, tapi aku berjaya jugak mengharunginya...

dan sekarang...
aku masih lagi duduk di atas kerusi dalam studio...
menaip perkara yang aku tak pernah terfikir pun nak luahkan dalam blog nie...
hahaha...
aku memang akan merindui subjek design nie...




9.31 malam
studio petunia
campur baur mode


Wednesday, May 13, 2009

...kisah semalam.....

jantung aku berhenti sekejap tatkala membaca shout out Dia...
shout out yang Dia tulis aku tak baca habis...
sengaja tak baca habis atau tak disengajakan...
aku pun tak tau...
kepala otak aku tak mampu berfikir pun masa tu...
hanya soalan begini bermain di fikiran,

Dia dah dapat pengganti ke?
siapa yang berjaya menambat hati Dia...?
apa yang menyebabkan hati Dia tertambat...?

arghhhhhhhhhhh...
persetankan semua perasaan pada waktu tu...
aku baru teringat yang aku tak baca habis shout out Dia...
perlahan-lahan anak mata mengikuti setiap huruf yang terdapat sebelah nama Dia...

laaaaaaaaaaaaaaa...
Dia jatuh cinta dengan sesuatu'yang telah aku jatuh cinta terlebih dahulu...
ahhhhhhhhhhhhh...
indahnya dunia ni kalau aku dapat bersuara dan berkata-kata dengan Dia...
hanya sepotong ayat pun sudah memadai...

"aku pun, aku dah lama menyintai perkara yang sedang engkau cintai..."




8.10 pagi
studio petunia
dekat tapi jauh mode

Friday, May 8, 2009

...bznyer...

dah la blog kosong...
xupdate menda bertambah kosong la jadiknyer...
boleh ker menda yang memang kosong bertambah lebih kosong...?!? errr.....





3.27 petang
rumahku syurgaku, cheras
pening mode

Monday, May 4, 2009

...luahan rasa...

sebentar lagi aku nak bertarung,
bertarung dengan diri aku sendiri,
apa yang aku harapkan,
segala penat lelah menuntut selama ini,
akan membuahkan hasil yang baik...

setelah seharian bertapa,
aku rasa sudah cukup ilmu di dada,
dan aku sudah bersedia untuk berperang,
berperang memperjuang masa depan aku,
aku tak mau lagi duduk di sini,
aku tak mau lagi buang masa di sini,
masa yang aku ada,
hanya cukup untuk melengkapkan sisa-sisa kerjaan yang masih tinggal...

cukup lah setakat ini,
aku dah penat,
aku dah letih,
membenci setiap perkara yang aku buat,
membenci setiap langkah yang aku ambil,
hari-hari yang berlalu,
hari-hari yang akan datang,
semuanya menyedihkan,
semuanya menjengkelkan...

aku sendiri tak paham apa aku taip... hanya luahan perasaan menunggu masa untuk menduduki pepriksaan terakhir aku semester nie... dan harapan aku, biarlah peperiksaan terakhir ini menjadi peperiksaan terbaik yang pernah aku duduki sepanjang menyambung pengajian di sini...





1.21 tengah hari
studio petunia
peperiksaan mode

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails